Wednesday, October 18, 2017

bila aku ketawa..


bila aku disupir ke sini sana
Baru boleh ketawa.. haha
Jom tengok duniya..

Bila mereka pulang ,baru rasa ceria di hati
Senang rasanya dipandu kesana ke sini dari memandu sendiri.
Tapi mereka tak dapat pulang hari hari
Kerana mereka pun perlu berjuang untuk kehidupan sendiri dan aku mengerti.

Hari ini aku tidak perlu memandu cikli ke klinik sebab sudah ada drivernya
Lapang sikit boleh urus hal rumah tangga.
Tapi...  nak memasak bahan banyak yang tak ada...so kita tapaw saja
Oh lupa..kad bank belum ku tukar dari yang sedia ada
Mau kad direject, ternganga aku nak cekau duit tang mana.
So tgh hari aku tinggal cikli,pi bank tukar kad serta merta.

beralun seperti sawah di Jawa
Bila kehilangannya ,besar juga impaknya
Susah nak berurusan di JPJ,bank dan seangkatannya


Hai la jari..kemana hilangnya cap jari
Jenuh ditekan tetapi direject biometrik mesin lagi dan lagi.
Mujur last last boleh juga dibuat kad yang dihajati. Rupanya semakin berumur,cap jari kita susah dikesan. Haha... kalau aku buat apa apa yg salah,tentu susah nak buat tangkapan..aku buat lawak sakan.

Eh ... lampu perlu ditukar. Ke kedai DIY kami bergegas. Namun parking kereta susah nak ada. Jadi kami zooooom ke Arau pula. Sepuloh minit ,sampai kami ke destinasinya.

Apron, lampu , wall paper antara yang aku rembat
Ada yang perlu ,ada yang hanya kerana terpikat.Dekat RM 100 juga wahai sahabat.

Tombol pintu yang jahanam bila nak ganti
Terlupa pula nak dibeli masa dikedai tadi
Dial nombor pintu akok... jam 4 selesai jadinya.. Lega satu hal dunia. RM 90 ringgit untuk 2 setnya.

berhari hari juga dia pakai riben begini
Eh..kalau lah tau dek pencuri..
Harini dia dah diganti
Harga dekat dekat 10 jari.

Rumput yan panjang telah ditebas... syukur sangat . Rasa puas.

Malamnya.. nasi goreng dan cucur jagung aku buat. Untuk sajian makan malam tiga beranak.Kami berjamu sampai senak.

Thats all folks. Happy holiday. For my Indian friends and ex students..Happy Deepavali ( eh la ni ada pula yang kata tak boleh ucap begini)

Bye. Cepat sembuh Pohim. Besok birthday.





1 comment:

  1. Assalam Cikgu..saya rasa cap jari kita jadi luntur mungkin juga disebabkan kita banyak buat kerja..cuci pinggan, masak, membasuh etc..lama-lama jadi 'haus' dan nipis kulit yang jari tu kan...(hehe itu tanda kita multitasking juga, buleh buat banyak gheje sepanjang hayat)

    ReplyDelete