Monday, October 2, 2017

Blogging and I


Aku mmg minat membaca. Apa saja aku baca. Bentuk apa jua.
So you can see me pondering over pieces of paper before I chuck them out. This habit stemmed out when I was very very young. Sekolah rendah lagi selepas aku kenal abc. Selalu aku kena herdik kakak sulung sbb aku slow buat kerja.
Hang ni lembab. Dok belek kertas kertas tu buat apa..mmg pemula sengketa antara kami berdua.
Ya la mmg lembab la kerja kalau aku asyik belek belek kertas pembungkus gula,ikan kering hatta belacan..hhaha.
Tapi satulah ...kerana aku suka baca my general knowledge mengatasi rakan rakan sedarjah. Nak tau depa gelar apa aku..bookworm,walking dictioanary,miss know all ..hehe.

Sekarang pun aku masih gemar membaca. Tengok tv aku minat yang beri knowledge atau yg true stories. Kalau yang berfantasi aku kurang gemari. Sbb aku rasa tak memberi apa apa pada diri. Itu kata akulah. Yg gemar jangan pula nak marah ..

Dulu dulu juga aku gemar simpan diari. Tapi entah kemana habis mereka lari. Tak tinggal satu pun buat memori. Elok jugalah begitu kerana diari aku banyak terisi cerita sakit hati. Mau dok ulang tayang bukan ada pun faedahnya. Sakit lagi adalah..

Then enter blogging world.
I was introduced to it by my own daughter who was a keen blogger at that time. My son did the registration. Bila nak register nama,aku tercari cari ilham.
Mula nak letak nama yg selalu dilaungkan masa nak buka pintu gua. Tak jadilah..common sangat.
Tiba2 tiga ekor kucing yg ku sayangi melintas depan mata.
Yes!
Mok,Jade and Dell
So terangkumlah nama mereka menjadi mokjadeandell...haha panjang ya amat. Mula2 ku buang mok. Jadi jadeandell. Tapi satu hari aku dapati jadeandell digunakan utk satu site apa entah. Dan aku tak suka . Jadi aku letak mok kembali... sampai hari ni.
Mokjadeandell itu adalah nama kucing kucing kesayangan yang pernah beri rasa gembira dalam hati aku.

Mula blogging,aku privatekan. Readers aku saja. Lepas tu baru aku let all sundry to read. Tapi habislah aku nak cerita segala apa saja yang aku nak. Kena hati hati. Takut sentuh orang lain punya harga diri dan perasaan. Tapi kadang kadang apa yg aku tulis tak sama seperti orang lain menginterpritasi. So what can I do? Kena hati hati lagi.
Aku paling suka kalau tulisan aku mendapat komen komen dari pembaca. Rasa ada juga manusia yg sudi bertegur sapa. Lebih lebih lagi sekarang ni susah aku nak ke mana mana. Bertapa saja di RBL. Hingga cikli sembuh sepenuhnya,itu saja lah yg boleh ku buat. Nak kemana mana pun terbatas saja.
Rindunya nak naik ets atau flight ke mana saja yg terasa...

The other day I put an idea forward to cikli
Jom kita pindah pi dok dgn anak anak. Kita dok Pahang atau KL mau.
Kita ubah tempat duduk kita supaya ada jugalah yg boleh dok cerita. Ni asyik2 spital,RBL saja.

And cikli diam saja.



5 comments:

  1. Assalamualaikum Cikgu...

    Suatu masa dulu, saya juga seperti Cikgu. Semua kertas yang saya jumpa saya suka hendak baca. Hingga kadangkala menjadi leka dan mengundang marah dari bonda.

    Kemudian saya menulis blog, isi hati saya luahkan sehingga saya rasa ada yang perlu disorok. Lalu makin lama, kerana berhati-hati saya rasa langkah kian terhenti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya begitulah juga saya kakcik. Kalau buat bodo dan ikut hati,habis ditulis. Tapi buat apa kan. Kena ada self censor. Itu pun kadang2 lain kita tulis lain orang interpristasi.

      Delete
  2. Saya pun mcm Cikgu, ada terfikir nak pindah dok Kuantan ... senang kami atau anak2 yg dok kl saling ziarahi. Masa balik raya pun xderlah makan jem sakan sgt. Dekat dgn anak cucu yg ada di Maran dan Jengka ... tapi bila fikir bonda yg dah berusia, simpan dulu idea tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kawan rakan bila pencen dan tua,terpaksa pindah ikut kesesuaian. .. kalau ikut saya mau saja pindah mana pun.

      Delete
  3. Saya pun mcm Cikgu, ada terfikir nak pindah dok Kuantan ... senang kami atau anak2 yg dok kl saling ziarahi. Masa balik raya pun xderlah makan jem sakan sgt. Dekat dgn anak cucu yg ada di Maran dan Jengka ... tapi bila fikir bonda yg dah berusia, simpan dulu idea tu.

    ReplyDelete