Thursday, August 10, 2017

Reno no 7..... buang buang dan buang


Semalam,dua lori mengangkut segala maneka harta karun berzaman dari rumah no.7
Dapur gas karat marat akibat terendam air bah dibawa pergi.
Begitu juga sofa panjang tempat cikli berbaring menonton tv dibilik depan.
Daybed juga ku humban keluar.
Semalam barang barang khazanah sejak zaman kegemilangan no 7,ku sedekahkan. Sapa nak ambiklah.

Dan petang tadi pula,khazanah semasa cikli berbisnis diangkut lori. Dua kali. Tak teragak agak lagi aku suruh cleaners clearkan laman belakang.
Nah ambik kau...2 lori juga khazanah purba diangku pergi.
Dan semasa cikli melihat saki baki khazanah rina cleaning dibawa lori,dia tak berbunyi. Diam saja macam merestui.
Habis barang barang aku lupuskan. Lega!

Sejak berpindah ke RBL,aku kurang beri perhatian pada no.7. Maka disana sini debu menyeliputi . Sini pula sawang berkerewang. Tambah pula bila aku menukar siling...adoi kalah lahar gunung berapi debunya.

Mujur aku terbaca dalam fb akan kewujudan syarikat cleaning. Nap Cleaning Services aku ambil untuk meringankan beban ku.
Sejam 12.50 seorang . 4 orang untuk 4 jam..sehari
Aku ambil 2 hari. Itu pun mungkin kena ambil lagi.
Puas hati... bila rumah bertukar dari berdebu,perabot terpeleot dibawa keluar.
Kalau aku masih muda belia,mungkin semua kerja kerja itu boleh ku bereskan...

Sekarang yang tinggal beberapa pembetulan lagi.
Aku kurang puas hati paip yang dipasang dibilik air. Kena perbetulkan
Cat dinding dan basuh lantai pun belum.
Dilaman belakang,tembok pembahagi perlu dibina...

Hmmm... tercongak congak aku... duitnya dimana? Isssh ..kalaulah kaya..Harini saja 325.00 harga yg perlu dibayar.
semua ada

khazanah cikli

akibat banjir besar...

pekerja Nap Cleaning

Lori Man yg ku berikan nama...lori merah dalam contact list

Lagi harta cikli..

Tv zaman 60an pun masih disimpan..
Just a note of caution....nasiblah bila your other half is a compulsive hoarder...semua barang dia sayang. Akhirnya rumah jadi gua...


No comments:

Post a Comment