Wednesday, August 23, 2017
AKU
Syukur Alhamdulilah kerana aku diizinkan sehari lagi dalam hidup ini.
Besok lusa,entah2 telah tiada.
Macam pemergian biras ku dulu... tiba2 dia pergi tinggal anak tinggal suami.
AKU... separuh baya setelah sekian lama dialam maya. Apalagi yang aku mau ya. Tiada apa apa. Cuma ketenangan mengahdapi sisa2 nyawa.
Sisa? Mereka bertanya.
Mungkin aku diizinkan menengok dunia hingga seratus tahun lamanya. Siapa tahu kan. Kerana itu semua kuasa Tuhan.
Ada benarnya. Aku tidak menjangka aku akan melihat angka 6 puluhan diumur ku. Semasa kecil dan membesar,aku kemereh. Kata org Kedah.
Eh kau ni,macam manalah nak bela anak anak. Kurus kering macam papan sekeping. Nak bawa badan pun tak larat. Kata seseorang padaku. Dan nak tahu orang yang berkata itu padaku lah yg pergi dulu.
Macam tak percaya,aku kental dan keras hadap liku,sepak terajang kehidupan. Ups and downs of life.Mungkin sebab kesusahan yang ku alami aku jadi begini. Tak meminta minta selagi aku berdaya. Berfikir seratus dua ratus kali sebelum aku bercakap. Tapi ada masa aku terlepas juga. Yg buat aku rasa bersalah sangat .
You have style...kata kawan lama yang telah lama aku tak jumpa.
Cikgulah katakan. Cikgu besar pula tu...haha . Masih baru kata kata itu.
Hmmm.. mungkin benar . Kalau aku pernah mengurus sebuah organisasi yg penuh cabaran , mengurus hal ehwal keluarga tentu sikit saja cabaran..ewah. Tapi kadangkala aku jadi meroyan bila kesungguhan ku menolong disanggah dan dipermudahkan.
Haha... teringat kejadian. Aku berniat tulus mulus nak selesai masaalah yg dihadapi. So dalam menyelesaikan masaalah itu,aku terpaksa cari dokumen. Rupanya.. tindakan itu salah sangat pada mata sidia. Marahnya dia walau orang lain memandang 2.
Aku tinggalkan dia seorang. Turun ke canteen ,makan kenyang2 dan minum sorang sorang. Lepas cool down baru aku naik kembali. Besoknya dia meminta maaf kerana berkasar . Sedar yang tak ada sesiapa selain aku yg sudi bertungkus lumus membantu.Tenaga,wang ringgit, setia dan seribu kebaikan lagi ...haha. Drama aku dan cikli satu hari.hihi. Di wad hospital . Dan mata2 yg melihat mungkin buat konklusi...heeee garangnya bini!
AKU..
Bukan gagah sebenarnya.
Entah bila bila masa boleh menyembah bumi.
Tangan yang patah dahulu terasa kembali ngilu setelah memikul kaus tidur dari parking ke tingkat 6.
Belakang ku juga kerana mengangkat cikli . Susun atur langkahku adakala rasa macam duduk dalam bot candat sotong di Pulau Perhentian. Ya...aku pernah ikut naik bot itu satu masa dulu.
Dan kewangan juga .... semakin menipis simpanan yang ada setelah berbelanja untuk pembaikan rumah lama. Itu pun belum langsai sepenuhnya.
Rawatan cikli juga perlu keluarkan belanja. Ubat,alat dan sepertinya.
Anak anak ada membantu. Aku tahu mereka juga punya komitment yang harus digalas dibahu. Itu pun dah banyak syukurnya. GL anak buat cikli layak utk dapat kelas 1 dan bilik seorang di hospital kerajaan. Kad pesara aku layakkan cikli diberi pengecualian dalam beberapa bayaran rawatan. Tapi ada ubat ubatan yg tiada dihospital. Kena beli sendiri.Ubat mata,ubat cuci luka. Rawatan klinik swasta bila adakala perlu ke sana. Tak boleh rely on Klinik Satu Malysia saja...
Mungkin ada yg ingat aku saja tulis nak raih simpati.
Taksekali kali. Aku dah biasa hidup susah. Tak pernah aku meminta minta. Tapi kalau ada yg sudi menolong apa salahnya...Kadang2 rasa macam nak hempuk kepala bila macam2 bersandiwara .
Semoga aku tak lemas dalam mengharungi segala ini..
Semoga Allah permudahkan urusan.
Terimakasih anak2 yg bersusah payah pulang wlau ditengah bulan. Juga yg dah merancang akan pulang . Juga buat adik2 yg menolong.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hanya Allah yang tahu penanggungan kita. Orang hanya melihat dan membuat kesimpulan melalui mata dan kata-kata. Hakikatnya, kadangkala rasa tak tertanggung duka nestapa...
ReplyDeleteKakcik,
DeleteHanya sabar menguatkan diri. Kalau tidak entahlah apa yg jadi