Dia Hitam. Nama diberi kerana dia hitam. Hanya mata saja yang nampak dan dua kaki seperti memakai sarung kaki.
Walau dia hitam namun dia disayangi. Sifat sifat dia yang buat cikson jatuh hati.
Dia lemah lembut. Suaranya antara dengar dan tidak.
Dia tidak melulu atau ikut suka dia saja. Dia perhati dulu baru bertindak. Jadi bila cikli beri makan,dia biarkan dulu adik2 dia berebut. Tapi sekali sekala baru dia berebut dengan mereka. Mungkin terlalu lapar agaknya dia.
Si Tam atau Hitam sentiasa disisi ibunya. Kemana ada ibu tentu ada dia. Begitu juga bila cikli berkebun ,dia rajin menemani. Ke hulu ke hilir dia pergi.
Satu hari dia lepak dan bersantai tepi pintu bilik air. Tiba tiba dia macam terperanjat. Dia melompat lompat.
Cikson terperanjat juga tgk dia begitu. Ada apa ke yg berlaku atau dia nampak sesuatu.
Oh rupanya dia terperanjat tengok air mesin basuh keluar berbusar2 dari hosenya.
Sama macam Pong. Takut atau terpesona dengan air mesin basuh.
Thats all folks. Good day.
Layanlah renungan si Tam. Bye.
Add caption |
Add caption |
Add caption |
Add caption |
Add caption |
Add caption |
Add caption |
Add caption |
No comments:
Post a Comment