Monday, July 10, 2017
Gurauan semalam...
Aku mengikuti kisah kisah dalam KRT dan juga confession dalam IIUM. Setiap hari berlambak cerita lalu di wall fb ku. Belum lagi kadang kadang aku gatal tangan click Forum2 . You name it,I had it.
Aku juga gemar membaca apa saja. Menonton cerita yg benar bukan reka reka. Based on true story... aku ikut sampai habis. Kerana dari situ kita boleh pelajari sesuatu. Apa yang berlaku pada orang,semoga kita ambil iktibarnya. Biar kita jadikan ia sempadan...
Entahlah...sejak mengenal dunia,beribu cerita aku alami. Berjuta cerita aku tengok,dengari dan baca sendiri. Gosip gosip aku letak sempadan. Tak perlu masuk cerita orang dalam dalam. Kalau dengar pun biarlah bukan kita yang panjangkan.
Padat kepalaku dengan cerita ,peristiwa gurauan semalam. Ingin saja aku humban dari bertenggek dilaman fikiran. Tapi macam saja tipis harapan. Ada masa datang balik buat tayangan. Tapi tak semualah kan.
Tried to shove them out .But some are here to stay.
So... my say about life ..
Take it. Make it.Try it.
Born in any family. Take it. You are fated. Takkan nak mati kalau tak dilahirkan dalam keluarga bangsawan dan dihormati.
Make it by grabbing the opportunities that come your way. Education for intance.
Try it. Marriage for example. Jangan takut. Mana tahu nasib kita. Ada yg nampak bahagia tapi sengsara. Ada yg sengsara tapi berjaya akhirnya.
Gurauan semalam.. pendam atau lakarkan. Kena buat pilihan. Usah buat dia jadi sesalan. Pilihan yang dibuat adalah terbaik dimasa ia dibuat. Masa hadapan boleh jadi igauan . Atau penuh kebahagiaan.
Nasib badan...untung sabut timbul,untung batu tenggelam..
Thats all folks. My try at writing something philosopically.....hihi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment