Sunday, January 1, 2017

Mari berjimat di tahun 2017, kalau tidak mau lemas.


Masuk tahun 2017, macam2 naik.
Yuran taska
Harga minyak dipam minyak
Tong gas pun khabarnya meninjau ninjau nak naik.
Tambang bas ekspress pun ada ura2 naik demi keselamatan penumpang selepas kejadian di Pagoh ,Johore.

Hai... mengeluh ke laut dalam pun ,kita rakyat marhaen terpaksa relakan. Itu belum lagi GST yg digossip akan dinaikkan. Beberapa persen .

Personally speaking, pesara macam cikson pun terkesan dengan segala macam kenaikan ini. Terasa duit macam duit daun pisang. Pergi ke mall dah jarang jarang. Tak jumpa barang yg berkenan,,,sour grapes. Berbelanja pun kena berkira kira. Branded items langsunglah tak boleh lagi dok terpa.

beg dipakai sampai nak relai
Nak beli sendiri dah tak pandai

hadiah dari perth
rezeki ,syukur Alhamdulilah.


Itu cikson. Tiada tanggungan lagi sbb semua anak2 dah berkerja. Syukur Alhamdulilah. Tapi tak bolehlah mengharap selalu bantuan mereka. Mereka pun punya hidup  perlu belanja. Namun sentiasa mereka tidak lupa pada ayah dan bonda.

Apalah nasib mereka. Yang punya anak anak perlu belanja sekolah. Tentu termengah mengah.
Dari itu,marilah kita ikat perut dan mata kita.
Usahlah lalu dekat cafe cafe hipster,nanti robek wallet kita.
Pakailah cap ayam yg lebih murah harganya kalau yg mahal menjerat kita .
Dan masaklah sendiri di rumah, kerana kesedapan,kebersihan boleh kita jaga.

Actually ,beribu cara kita boleh berjimat.
Terimbau kembali kenangan zaman tahun2 60 semasa bersekolah. Hidup susah.

Selamat berjimat semua... azam 2017 semoga berjaya

Harini bertengah hari dengan nasi goreng ikan goreng sambal belacan .
Malam pula,kita sajikan cucur kentang,berudang kering cicah sambal buat sendiri. Tak payah beli beli. Jimat duit lagi.

No comments:

Post a Comment