Sejuk macam ditanah tinggi
Tak perlu kipas atau aircon lagi.
RBL... kalau hari hari biasa panas membahang walau pagi pagi buta
Ooo...ninsandaq dan si Tam pun tak nampak rupa
Di mana agaknya mereka bertapa
Kalau tidak dah menunggu tangga rumah kita
Buat sepotong dua ikan atau apa2 yg ada.
Rezeki buat mereka.
Hari ini hari terakhir cuti sekolah buat anak anak yg bersekolah di Perlis . Besok akan sibuklah kembali sekolah sekolah dan jalanraya pagi pagi lagi. Begitu juga di wilayah persekutuan ,tempat si Fohim dilahirkan. Akan berkitar semula schedule seperti sediakala. Kesian dia dan ibubapanya.
Hari kedua 2017.
Buka berita,forum dan yg seangkatan dengannya.
Lihat Jokowi dengan berpelikat saja menyambut tahun baru di laman rumah. Tapi kita tak semegah. Sentiasa bermewah. Walau rakyat parah .
Baca berita harga barang naik lagi dan lagi. Buat naik darah tinggi. Harga ubat pun tumpang sekaki.
Juga ttg Obama usir 35 diplomat Russia dari USA. Haaha... apa cerita mereka. Nak cold war ke pula dgn Russia.
On the home front...minta2 banjir yg melanda ,cepatlah reda. Kesian mereka di Trengganu dan Kelantan sana.
Hari ni jangkaannya lebuh raya mesti penuh. Besok org mula bersekolah dan bekerja. Hati hati ya semua yg balik dari berkelana. Lebih2 cuaca yg tak menentu.
Nak tahu keadaan lebuhraya..clicklah sini
For my children ...happy new year. Selamat bekerja semula. Semoga dipermudahkan urusan dan diberkati Allah sentiasa. Jaga diri baik2 ya.
Thats all folks. Bye.
Assalamu'alaikum Cikgu.
ReplyDeleteSekejap sahaja hari ini sudah 3 Januari 2017. Rasa sangat tersepit dengan harga barangan yang naik bukan sedikit...