Sunday, January 1, 2017

Hari pertama 2017...sana sini naik naik dan naik lagi


Selamat pagi pertama 2017.
RBL mendung.
Matahari masih tidak menampakkan diri
semoga ketenangan begini kekal selamanya
Sejuk pada mata
Juga pada jiwa
Astro masih di 863. Saja nak tahu ttg banjir disana. Bimbang akan mereka yang disayangi di sana. Syukur masa ini Pahang tidak terdengar berita. Banjir yg melanda.



Semalam ke taman dipekan sana. Majlis bacaan Yasin di rumah adik cikli. Dalam gelap malam aku memandu menuju situ. Malam dan hujan buat kurang selesa pemanduanku.
Makan malam yg berat dan kopi yg pekat buat tidur tak keruan. Jam 2.00 masih bertahan.

Semalam stesen minyak ramai pelanggan. Aku hairan. Eh.. mana depa nak pi malam malam ni. Oh .. rupanya minyak naik 20 sen.

Bangun pagi. Roti cicah nescafe.

hijau yang merimba
Namun di situ ada damainya
Baca forum.... banyaknya insiden dan eksiden.
Banjir dipantai timur nampak tidak berkurangan. Ombak besar melanda pantai. Ramai terkandas diperjalanan.
Di Klang lain pula hal. Ada cedera kena letupan. Bukan bom atau serangan tapi bunga api punya buatan.

Moga langit cerah
Tahun 2017 segala dipermudah
Sekolah mula dibuka dinegeri asalku. Kedah,Kelantan ,Trengganu dan Johor yang hujung minggu Jumaat dan Sabtu dan tidak mengambil 1 Januari cuti umum. Tentu sibuk ayah ayah dan ibu ibu juga datuk,nenek yang jaga cucu. Hari pertama sekolah tentu banyak keluh kesah. Apalagi dengan semua barang dan perkhidmatan naik naik dan naik lagi.
Tambang bas
Baju dan alat sekolah
Yuran Taska
Ya... naik naik lah semau mu. Rakyat M'sia kan baik baik begitu. Apa yang datang tiada bantahan. Semua direlakan.

Hari pertama 2017... berita yg didengar adalah naik ,naik dan naik lagi...




Kita tinggalkan segala gundah
Ditahun 2016 yg sudah pergi
Biar terkubur segala susah
Tahun 2017... biar berseri.

No comments:

Post a Comment