Saturday, December 31, 2016

2016...as I see it.

Hanya satu hari lagi
2016 akan berlalu pergi dan tak dapat di undur lagi
Datangnya membawa banyak memori
Perginya membawa pengajaran yg bererti

Bermula awal awal lagi,kalau disoroti,kenangan yg ditinggalkan meninggal bekas dalam hati. Hospital,dewan bedah, menjadi sebahagian dari rumahtangga kami. Berulang alik ke hospital macam pergi makan kenduri.

Awal Januari,cikli dimasukkan ke wad selama berbelas hari. Diatas bahu tua inilah tertanggung segala macam urusan perubatan cikli. Dari meneman diwad, mengurus kemasukan dan keluar wad aku buat sendiri. Membawa cikli berubat setiap hari juga aku jalankan tanpa banyak pertolongan.Duit mengalir macam mencurah air dari tempayan.
Sekali lagi cikli diwadkan kerana keracunan makanan. Berkampung lagi kami dihospital. Aku juga uruskan.

Membawa suami ke hospital sultanah Bahiyah di AS juga satu tugas . Dari menyewa teksi lalu membayar 140- 150 sekali pergi hinggalah aku memberanikan diri membawa kereta sendiri. Parking disitu jadi problem. Aku sanggup park di airport dan ambil teksi ke sana. Dan sedidkit demi sedikit aku belajar . Sehingga cikli sihat kembali.

Dan aku paling gembira bila cikli pulih kembali. Tapi itu tak lama sebenarnya. Itu pun salah dia sendiri. Makan tidak dijaga,yang dilarang itu yg dibuatnya. Dan aku rasa pengorbanan aku tersia sia.

Fikiran yg runsing,penat dan kecewa buat aku pula ditimpa sakit. Pelik. Entah apa demamnya aku tak keruan. Lebih psychological dari physical. Nasi rasa macam hempedu. Semua tak lalu. Hanya air yang mampu diminum lebih kurang 2 minggu. Luckily I managed to pull through namun a feeling of
tak di hargai menguasai diri.

2016 ... akan berlalu tak berapa jam lagi
Semoga 2017 membawa sinar menyinari diri.
Rasa tak mampu lagi aku memikiri perkara perkara yg tak boleh aku kontrol sendiri. Begitu juga buat anak anak...

Namun bil bil yang bertimbun atas bahu aku bagaimana nak aku bereskan. Tahun mana pun,dia tetap akan datang. Kadang2 terlintas rasa bosan.

Namun aku masih lucky. Ada anak anak yang menghargai. Banyak sunggoh bantuan pada ku. Duit ringgit,tenaga ,kain baju  dan apa mau ku.Tak bertuah ke lagi aku ?
But so many things matter



Nukilan bukan mengungkit atau membangga sekelumit budi yg diberi
Tapi... as I grow older, kadang2 terasa hati. Cepat emosi.




No comments:

Post a Comment