Wednesday, August 24, 2016

Pokmeon pi ....eh eh pokemon go

Bukan pokmeon la maaa...Pokemon.
Eh...macam mencarut jaaa...aku memberi pandangan.
Yang go atau pi tu apakebendenya..Tanyaku pula.


Itulah antara intipati perbualan aku dengan anak anak masa aku terakhir mengunjungi mereka di KL.
Aku ternampak anak anak muda asyik leka membelek smartphone mereka di laman kondo mereka.
Mereka anak anak muda yang pastiku penuntut universiti berhampiran.
Amboi....jalan tak tengok jalan. Sat lagi mau tersembam.

Setiap kali terserempak dengan anak muda yang mata membelek handphone,aku tersenyum sendirian.
Di Perlis ,masa itu dan hingga masa ini tak banyak aku terserempak keadaan demikian. Jadi pemandangan begini adalah baru buat aku...

Selepas itu sibuklah keluar macam2 fatwa dan pendapat tentang permainan ini.
Ada negeri sampai haramkan
Ada negeri kata...mainlah tapi jangan leka dan cari bahaya.

Tadi,buka tv. Ada berita dari luar negeri.
Haaa...beribu keluar kejalan raya kerana nak tangkap pokemon.
Habis dilanggar traffic lights.
Keselamatan jalanraya pun dah tak mereka peduli...adoiii.


Yang lebih menggelikan....ada yang jatuh parit dan masuk laut..

Pokemon Go....fenomena baru.
Ada contra dan ada pro

Oh ya...anda bagaimana
Dok main sama?


1 comment: