Saturday, July 16, 2016

Kembali ke sekolah...jamuan hari raya SK Sena.


Dah lama aku menyendiri. Sejak awal tahun bila kesibukan dan keletihan mengurus perubatan dan sakit demam cikli. Aku jarang ke mana mana . Hanya ke tempat yang mustahak. Restoran membeli juadah atau supermarket membeli barangan.

Sejak kesihatan cikli bertambah ok,aku kurang menemani cikli lagi. Kecuali ke doktor untuk rawatan mata di Alor Setar.Jadi bolehla aku keluar sendiri sendiri.

Satu petang aku terima talipon dari sekolah akhirku.
Cikgu jemputlah ke sekolah Jumaat ini. Ada jamuan raya sikit. Satu suara dihujung talian memberitahu .
Hmm..dah lama aku tak menjenguk sekolah terakhir aku. Masa GB bersara tempoh hari aku dijemput namun masa itu aku menunggu bilik bedah hospital Kangar sorang sorang. Cikli operate kaki.
kad jemputan jingga warnanya
Terimakasih ya kerana masih ingat kat saya..

Jam 9.40 aku tiba dikawasan sekolah. Dah ramai tetamu. Pengarah Pendidikan pun ada.Lewat 10 minit rupanya aku....
Cikgu apa kabar?
Cikgu buat apa?
Cikgu.... dah lain rupa cikgu!
Haha ..yang last buat aku tertanya tanya...Dah lapan tahun mana tak tua...And the events of the last few months had a toll on me. Mata sembab tak cukup tidur seminggu dua ni...hai.

GB baru segak orangnya
Yang alin tu kawan2 dan anak buah sekerja dulu dulu kala.
Guru SKS ramai dah berpindah. Banyak yang ditukar kerana promotion dan ada juga yang dah berpencen. Tapi masih ada guru2 yang menjadi rakan kerja disekolah lain bertukar ke sekolah ini.

Tiada lagi laungan...cikgu cikgu dari murid murid disitu. Ialah semua murid yang bersama ku tahun 2008 dah ke sekolah menengah.Jadi sahihlah mereka tak mengenali ku.

Berjalan di halaman sekolah,ku dapati banyak perubahan berlaku. Tahniah SENA kerana dicalonkan Sekolah berprestasi Tinggi kedua buat Perlis. Sebelum ini SK Sena mendapat Sekolah Kecemerlangan Kluster. Minggu aku akan berpencen,sekolah menerima penakrifan itu.
Bersama Pengarah duduk semeja
Rasa kekok pun ada
Apatah lagi dah lama sangat duduk dalam gua
Oh ya Pengerusi PIBG masih orang sama macam masa aku disitu...


4 mantan GB SK Sena
Yang hairan... kenapa semua asal nya dari SK Seri Indra?


Bersama 2 anak anak buah masa jadi GB dulu
Masih ramah tamah mereka semua tu...

Gambar gambar dari FB PIBG dan cikgu.
Juga dari kamera android sendiri..

No comments:

Post a Comment