Thursday, July 14, 2016

Sehari di HSB...dilihat didengar dirasa

Mai periksa mata ka? Itu antara soalan lazim yang diterima.
Maka terpaksa cikson terangkan tujuan berada di situ. Di celah2 ratusan manusia di Klinik Pakar Mata Hospital Sultanah Bahiyah,Alor Setar Kedah.

Seperti biasa pemergian ciklicikson kesana memenuhi temujanji . Pakya drebar teksi dah sedia utk menghantar pasangan suami isteri ke sana. Pergi balik.
Sejak semalam,pertimbangan dibuat samada memandu atau charter teksi ke sana. Akhir sekali...kena akur juga Pak ya alternatif yang final.

Jam 9.15 kami menuju bahagian pendaftaran. Cikli kali ini tidak mahu lagi berkerusi roda.
Kesian kat you,tercungap cungap dok tolak I sana sini.
Melalui peringkat pertama kami diberi nombor.
Aik...selalu kami dapat nombor bermula dengan digit 1. Kenapa hari ni lain.
Perturan dah tukar cik...kata pegawai yang mengendalikan mesin angka giliran.
Maka menunggulah kami di situhingga giliran dipanggil. Hmm...hampir 40 orang sebelum giliran kami. Sabau je la...

Habis urusan kami mendaki tangga keingkat atas. Amboi..melimpah ruah orang diruang itu. Aku memasukkan kad jingga cikli ke dalam kotak utk temujanji pukul 9.00. Jam 10 masih tercegat disitu. Akhirnya nombor 1089 diberi utk cikli.

Masuk ke ruang menunggu. Boleh tahan ramai orang menunggu. Hampir jam 12.00 baru cikli dipanggil masuk bilik 73.
Aku diluar bilik hanya senyum kambing bila isteri seorang terkenal mengenalkan diri tanpa ku tanya pun. Ada nada riak disitu. Manakan tidak kalau dia memberitau orang rumah dia banyak bilik , suaminya orang besar,yang berkunjung ke rumahnya datuk datuk.....alahai.

Hari ini ramai pula bayi mendapat rawatan harini. Kesian sunggoh tengok anak2 kecil ,yg masih dalam pantang berada disitu.Menangis mereka bila mata mereka ditetes ubat. Menangis mereka bila lapar dan dahaga...aduhai.

Mujur tuhan bagi salah sorang yang perlu rawatan. Kalau dua2 sekali jenuh dgn anak2 jauh diibukota.
Seorang wanita membuka cerita. Rasa ada persamaan antara kami,rancak kami berbual menyelusuri sejarah hidup masing2. Suka duka senang susah .

Sebelum balik kami singgah di kedai serbanika hospital. Ingin membeli air mineral.
Tadi saya tak dapat balik duit lebih. Seorang pemuda memberitau cashier.
Berapa cik bayar. Pukul berapa?
RM 50.00. Jam 11 pagi tadi.
Si pembantu jualan terus menekam cctv utk mencari rujukan kejadian.
Hmm...canggih no. Makcikson bersuara. Senang la lagu tu cari proof.

Eh..kenapa dengan pemuda yang beria benar dia tak dapat balik duitnya...
Tak pa...takpa. Tak payahlah..Dia lalu keluar dari kedai. Buat kami tertanya2.
Haha... nak mengena tapi dia yang terkena...haha.

Jam 5 kami selamat sampai ke rumah. Cikli belum makan tgh hari. Berkira2 nak keluar pula cari makanan . Namun apa yang tersangkut dipintu.....REZEKI!
Adik cikli hantar setupperware bak LONTONG!

Maka bertengahari dan bermalamlah kami dengan bekalan yang tak disangka...safe belanja.

# 3 August nanti temujanji cikli sekali lagi.....
Penat sunggoh dan aku terlelap sampai pagi..


2 comments:

  1. Assalamualaikum. Semoga bertambah baik kesihatannya. Hospital Sultanah Bahiyah yang dekat 'jail' tu ka? Lupa dah saya.......saya dok kat jalan "DAY" dulu....dok kayoh gerek pi balik...pi balik......bila lapa pi makan mi abu....lepaih tu sambong kayoh lagi....

    ReplyDelete
  2. Lamanya cikgu kena tunggu
    Saya pernah dapatkan rawatan kat HSB Alor Setar. Bangunan hospital yg lama..
    Kabarnya dah bangunan baru sekarang...

    Puasnya menunggu.
    Semuga cikli segera sembuh.

    ReplyDelete