Muram cuaca hari ini. Awan kelabu menakluk bumi . Hujan diramal turun sebentar lagi.
Cikson keluarkan juga bakul pakaian yang baru dibasuh. Walau awan kelabu,baju2 itu perlu disidai. Moga mentari sebentar sebentar yang mencelah dapat menolong kerja mengering pakaian2 yang sudah dijemuran.
Semenjak Pong tiada, muram rasa suasana RBL ini.
Kini yang ada adalah dua beranak Ninasandaq dan si Tam yang selalu mengambil kesempatan membolos diri ke dalam rumah. Terkuak saja pintu,beriringan mereka berlari .
Amboi sejuk rumah. Kat luar panas lit lit. Mungkin itu kata mereka. Selepas puas berkejaran ,mereka cari ruang tersembunyi utk merehatkan diri.Sampai masa cikson usir mereka ke luar rumah.
Hidup ....
Tak selalunya cerah. Bila muram,muramlah dia.
Bila sakit demam bertandang,kena hadap dengan tenang.
Usah diratap usah berkeluh kesah
Kerana ada lagi orang yang susah.
Hujung minggu ,setelah sekian lama terbelenggu
Cikson cikli teringin cari suasana yg lebih berseri
Jalan jalan cari makan ,semoga terubat hati yang rindu.
Pada anak anak juga cucu
Gelihati pun ada
Tengok cikli dah siap beg dia...
Awai lagi la abah hang oooi.....
No comments:
Post a Comment