Wednesday, May 25, 2016

Apa kabar Perlis...ribut di sana,bergelap di sini

Hampir 10 jam RBL tanpa bekalan letrik semalam.
Battery talipon pun tinggal nyawa2 ikan....

Paginya awan kelabu menyerkup langit RBL.
Macam juga pagi ini
Matahari masih samar menyinari berlainan dari hari hari yang lalu .Kalau tidak waktu ini sinarannya tengit sekali. Membakar diri.
Harap tidak lagi ribut membadai macam petang semalam...

Ini cerita petang semalam
Pukul 1.45 angin bertiup dengan kuatnya
Berdentum dentum bunyi ayan diatas bumbung.
Meliuk lentuk dahan dahan dan pokok2
Tiba...tup..karan terpelantik.

Tinggal seorang di RBL sementelah cikli berurusan di luar. Debar didada lihat pokok kelapa yg melayup diliuk lentuk angin.
Son...I stranded ni..tak boleh balik. Pokok tumbang lintang jalan. Came a distress call from cikli.
Risau juga cikson. Cikli tak berapa sihat. Terperangkap dalam hujan dan ribut dijalan yg dia tak biasa. Nak balik rumah terhalang dengan pokok2 merintang jalan.

Berjam juga cikson dalam kegusaran sbb menalipon cikli tiada jawapan...
Akhirnya baru lega bila dah lewat petang baru kereta cikli masuk ke halaman rumah.

Selesai satu...

Namun dari 1.45 hingga ke senja letrik masih belum pulih.
Malam menjelma. Maka tinggallah dua insan sebaya dalam remang2 cahaya lilin.
Mujur makan malam sudah sedia sebelum gelap utk mengalas perut.

Akhirnya by 10.00 baru cerah rumah. Alhamdulilah.

At 12,00 lewat berita ...
rupanya
50 pokok tumbang serata negeri.
Air naik di Kuala
Pintu kaca pecah diKFC
Bumbung terbang di kampung
Kereta dihempap pokok
Dan banyak lagi kerosakan yang dialami

Doa ku semoga hari hari mendatang ,cuaca bertambah baik selepas diduga bencana.

Gambar gambar dari fb..
dari fb

dari fb

dari fb

dari fb

dari fb...


Semoga hari ini cerah...

1 comment:

  1. Saya pun terperanjat menonton berita kerana saya baru sahaja balik dari sana.

    Syukurlah tiada kemalangan jiwa walaupun banyak kerosakan harta benda...

    ReplyDelete