Hari Sabtu
Buat apa tuuu?
Bangun seawal belum subuh. Otak cergas memikir apa nak dibekalkan kepada anak yang akan berpejalanan.
Selepas subuh,gonreng gongrang bunyi periuk berantukan.
Ciaauuuu....siap.
By eight ,siap bekalan.
Nasi planta,sambal tumis.ayam goreng dan bilis goreng.
And by ten si anak berpergian.
Tinggal ibu bersendirian...
Kemas rumah ,basuh pinggan
Sapu sampah dan mop lantai agar jangan berhabukan....
Itu hidupku kini
Menghabiskan sisa sisa usia lanjut ini
Tak punya angan apa apa yang tinggi
Cuma teringin nak ke tempat2 yg semua orang nak pergi.
Ku panjatkan doa pada Ilahi
Semoga sebelum mata ku tutup rapi
Sempat ke sana walau sekali
Juga semua anak anak dah punya rumah tangga sendiri...
Hari Sabtu hari ini
Sibuk ibu ibu mengurus keperluan famili
Aku disini
Dah boleh goyang kaki
Sbb makan tengah hari...dah diberesi.
Bye.
No comments:
Post a Comment