Friday, December 4, 2015

tersentuh hati ...kisah anak2 bulus

Sudah 2,3 hari dia tidak cergas dilihat. Termenung memanjang. Makanan yang terletak dihadapannya pun hanya dihidu hidu. Kemudian dia berlalu. Tuannya yang selalu merawat kalau ada yang sakit sakit pun tgh sakit.

Ke pekan cikli pagi itu utk rawatan dia. Terus ke pejabat haiwan membeli ubat utk kucing kesayangan dia.
Bu...bu dia memanggil manggil.Seluruh laman RBL dia jelajahi. Meninjau ninjau entah entah ada Bu bersembunyi.Namun Bu tidak dijumpai.

Bu yang pergi
Petang semalam cikli mencari lagi.Bawah kereta,bawah lori dia jenguk.
Tiba2 Bu yang dicari ada bersama ibunya Si Nina seperti sedang menyusu. Cikli merapati mereka dan cuba memberi ubat pada si anak yang sakit.
Tapi Bu dah tidak bernyawa!
Ubat yang dibawa balik sudah terlambat diberi.Menangis cikli.

tiada lagi nyaring suaranya 
Bu dibungkus dengan surat kabar dan cikli menggali lubang dibelakang rumah untuk menanam si kelabu yang kaku.
Disinilah peristiwa yang menyayat hati itu berlaku.
Semua anak bulus mengekori cikli dari laman hadapan hingga ke belakang.Pong,Ning dan Tam. Hanya Nina saja yang tidak. Dia memanjat kerusi dan termenung di situ.

di sini tempat bersemadi nya dia
Pong mencium surat kabar yang membaluti Bu. Ning dan Tam leka melihat cikli yang gigih mencangkul dan menggali lubang.
Dan bila Bu dimasukkan kedalam lubang,semua mereka menerpa ,melihat adik mereka buat terakhir kalinya.
Mengalir airmata cikli menceritakan kisah ini. Lebih lebih lagi bila tanah diratakan,Ning seperti mendakap tanah itu sambil meragut rumput rumpaut di situ.Dia tak endahkan cikli yang memanggil mereka ke laman depan....

Ning dan Bu adalah dua kucing yang selalu bermain bersama. Dimana ada Ning disitu ada Bu.
RBl sekarang sunyi dari ngiauan nyaring Bu..




dia juga mungkin bersedih



dia yang selalu bermain dengannya

juga si Tam adiknya yang tinggal..

Bye Bu...we will miss you.

No comments:

Post a Comment