Thursday, December 3, 2015

DIY...Mee kuah express ...

Selepas cikten balik negeri,ciklicikson tak berapa lalu nak makan nasi.Semasa cikten balik KL,cikson masak nasi kuning@ nasi planta.Buat bekal .
Well...so that I remember how it was made..

Nasi kuning margarine planta

5 cawan beras...dibasuh dan disejat.
1 labu bawang besar..diracik
2 ulas bawang putih ..racik
1 atau 2 batang kuli kayu manis.
1 ketul sup bunjut.
1 camca teh kunyit
2 camca besar margarine/ minyak sapi.

Mula2 tumis bahan racik,kulit kayu manis,sup bunjut,kunyit dengan margarine sampai kuning.
Masukkan beras.Kacau2 sampai sebati warnanya.
Masukkan air. Lebihkan 1 cawan air dari sukatan beras.Takut nasi keras kedekiang...

Tutup periuk.Biar nasi masak mcm biasa. Kacau nasi sekali dua..

Oh well...tajuk mee kuah express tapi nasi kunyit pula yg dicerita...
Mee kuah ni dibuat dgn apa apa aja yg ada dlm pantry dan fridge.
mee kuah express..

Mee kuah express
Mula tumis *cili cikson...Masukkan daging,ayam .Kacau kacau biar sebati
Masukkan air.
Masukkan ubi kentang,ubi keledek.
Bila ubi dah masak ,keluarkan dan haluskan dgn blender. Boleh juga di blend sekali daging seketul dua.

Masukkan bahan yang diblended. Tambah garam,gula dan apa apa nak tambah..cili sauce ke,tomato sauce ke atau kiub ayam ke..just as you fancy.

Last sekali masuk udang. Jangan lama sangat. Nanti liat.
SIAP!

Nak makan...suka hatilah nak letak apa.
Taukua,teloq,cili ,mee...selagi diterima tekak
Hari tu cikli beli sebungkus mee kuning dan sepeket tauhu. Sehari semalam ciklicikson makan mee ni sampai kembung...hehe.

*cili cikson....pre prepared cili .Ada cikson blog about this .

No comments:

Post a Comment