Saturday, December 5, 2015

Dia yang pergi.....

Semalam cikli menebas semak samun yang menjalar di pagar. Pokok2 menjalar galak memanjat pagar,pelepah kelapa dari laman jiran sebelah. Dah persis rumah tinggal.

suburnya semak samun
Eh takutla .Rungut cikson satu petang. Entah ada dinasor sebelah sana.
Dan bila cikson bersungut,cikli pun cepat bertindak.
Mau dia masuk kawasan kita...NAYA.
peneman cikli 

Semasa cikli gigih menebas,Ning asyik jadi peneman.Gerak geri cikli dia perhatikan.

se ekor lagi peneman setia
Eh Ning,mana Bu?..cikli bersuara.Bertanya dia yang lain bahasa.
Dan seperti faham apa yang cikli tanya,Ning menuju ke timbunan tanah dimana Bu disemadikan.Dia merebahkan badannya keatas tanah seketika.
sini lah kubur BU...macam dia memberitahu

Son...cepat mai tengok Ning ni,laung cikli memanggil manggil.
Talipon dicapai dan cikson dapat abadikan tingkah laku Ning.Cuma tak dapat memvideokan adegan itu akibat bateri talipon yang dah nazak.

Malam ,channel 132 jadi tontonan kedua suami isteri..Rancangan parodi bertukar rentak. Majlis memperingati arwah Pak Yus menyentuh hati. Tidak sedikit airmata tertumpah melihat program ini.Melihat kebaikan Pak yus,terasa kecil diri ini.Apalagi kebaikan terlalu ciput sangat yang akan ditinggal pergi.
Entah 2 ..bila aku sudah tiada,orang tak dapat pun mengingati atau mencari kebaikan diri...

Pernah terjadi...

Kalau seorang hamba Allah yang kita sayangi telah pergi,bukan duit melimpah dia yang akan jadi kenangan abadi...tetapi budi dan bahasa tetap disanjung tinggi.

Alfatihah buat mereka yang telah pergi...



sayu 








6 comments:

  1. Airmata saya juga mengalir sendiri menonton rancangan Parodi malam tadi (sebelum ini tak pernah sekali pun saya menonton rancangan itu).

    Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang diredhoi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik,
      Kami di Perlis terasa dgn pemergian allahyarham.Apa lagi pernah tgk dia in person.Pernah bertegur sapa.

      Delete
  2. Saya pon tumpang sedih apatah lagi terkenangkan umurnya yang masih muda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu Malaysia terasa kehilangan dia.Baik orangnya.

      Delete
  3. Apabila sudah tiada barulah Mak Long tahu siapa sebenarnya arwah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terjumpa arwah di Pdg Besar dan diauditorium diKangar.Ramah dia menegur kita.

      Delete