Seawal pagi ciklicikson bersiap.Dan jam 8 kami sudah otw ke Aloq Staq. Teksi yang ditempah hari ini dipandu oleh anak muda bukan bapanya seperti selalu. Sepanjang jalan berbual tentang kehidupan membuat kami tidak terasa perjalanannya yang panjang...
Reached the said hospital just a bit after 9.00. Ya Rabbi ramainya manusia!.Sebaik menjejak kaki kedalam ruang mengambil nombor. Setiap sudut dipenuhi manusia.Manusia atas semua kerusi diruang legar itu. Manusia duduk dan manusia berdiri.Tua,muda.Cina India dan ramainya Melayu.Meninjau2 aku utk melabuhkan punggong tua ku..merehat kakiku.
Nombor disaringan pertama 7173...
Nombor tertera 7100..
Menunggu dan terus menunggu.
Akhir nombor keramat itu dipanggil mengadap puan disebalik kaunter. Nombor baru diberi 9020..
Menapak pula kami ke tingkat atas...disini pun manusia dimana saja.Kerusi kosong aku jeling. Nun diseberang sana.Cepat cepat aku menapak ke situ.Takut tempat disambar orang. Badan tuaku dah tak boleh berdiri lama lama.Kepala cepat pening apalagi dalam ratusan manusia ini..
Cikli ke kaunter register namanya...Nombor baru pula dia diberi.
Menjenguk ruang menunggu rawatan... ruang berdiri pun tak kelihatan.
Jom makan...cikson mengajak cikli.
Balik makan pun belum tentu nombor akan dipanggil.
Mula mula cikli enggan.Nak tunggu juga.
Well if you dont eat..u might .....I gave cikli the excuse.Mujuq dia dengaq.
Sampai dikafeteria yang tak ria kerana ramainya manusia,ciklicikson isi perut dgn nasi walau masih pagi.Cikli was a his grumpy self. Eh pagilah nak makan.
Ermmm...eatlah whatever u want. Tu kan ada .Mee.bihun,cucuq,roti canai...
Aku seperti guru menerangkan pada cikli.
Back to the klinik pakar we went after breakfast.Nombor cikli masih jauh nak dipanggil.Aku duduk dicelah celah manusia di situ.
Dikiriku uncle,auntoe,ah so,ammah,makcik,pakcik dan adik2 cik. Ada yang senyap merenung handphone.Ada yang mengelamun. Ada yang berbual2.Dan bualan antara 2 sahabat dapat ku dengar.Loud and clear.
Selain gossip pejabat,gossip kampung laman ku dengari.
Aku tertarik bila dia berkata..
Bila aku mati tak payahlah bawa balik kat rumah. Terus bawa pi masijid. Susah..
Kesian aku..Lama dia disitu.Berpakaian hijau hospital dan sedikit tidak terurus.
Sekali sekala aku menggangguk padanya bila dia memandang ku.
Lamanya...mana nombor..Entahlah cikli mcm anak2 kecik tahun satu yg pernah aku ajar. Tak sabar memanjang.Lepas masuk bilik keluar bilik moodnya kelaut.
Lain kali I mai sorang sorang sudahlah..eee sabar sajalah bila marah terarah padaku.
Pi lah tanya ...dia mendesak ku.
Mana satu bilik nak ku tuju..Ada 10 bilik kat situ.
Dan bila akhirnya ...akhirnya rawatan dia berakhir,aku pun dah hampir hilang sabar..
Gitulah . Akhirnya kami kembali ke Kangar bersama adik teksi yang membawa kami ke sana . Tambang diminta hanya 90.00. Dan aku tak gamak nak bayar harga itu kerana hampir 50 ringgit bezanya dari teksi biasa. Tak mau dia menerima bila aku nak membayar macam aku selalu membayar bapanya.
Ambillah anggap ini sedekah buat anak anak cik..
Jummat ini teksi dia juga kami tempah utk kami menuju KL. ETS akan kami naikki..
Bye..
Semoga aku sentiasa diberi kekuatan utk mengharungi semua ini...dan sabarku utuh tinggi.
Assalamualaikum, mengikuti tulisan mokjadeandell seolah-olah Mak Long sendiri berada di situ. Kadang-kadang keadaan demikian tidak dapat kita elak. Semuga segera sembuh seperti biasa dan segala urusan dipermudahkan oleh Nya.
ReplyDeleteMaklong,
DeleteSebulan dua tiga kali juga kena hadir ke hospital utk rawatan suami. Sabar sajalah dgn keadaan yang harus ditempuh.
bak kata seorang India semasa saya naik lif hospital aritu... lagi banyak hospital, lagi tak cukup jugak...
ReplyDeleteramai orang sakit sekarang....
Nak pi hosp swasta ,tentu banyak ongkos dia.Maka berkumpullah kita kat hosp. gomen.Tapi bgh mata hosp ni katanya the best .
Delete