Thursday, February 20, 2014

Setelah sekian lama....over a cup of coffee

sedap minum ini.....time tunnel cafe

Bila dapat tahu dia ada didaerah sama,timbul keinginan nak berjumpa.Dia yang menjadi anak muridku long long ago.Masa itu aku tangkas,cenge dan muda.Dia masih anak anak riang ribena.Dan juga
ku tahu dia anak manja.Ibunya selalu berjumpa guru disekolah dan aku terkesan bila ibunya beritahu yang dia suka pelajaran yang aku ajar..

He likes your teaching....kata kata ibunya masih aku ingat.Bila ibubapa memberi input positif ,kami kaum guru amat rasa terharu.It drives us to be a better teacher.Trying our hard to make our lessons interesting dan juga sedaya mungkin memperbaiki diri sebagai seorang guru.

Masih ku ingat didewan Mines Convention Center seorang bapa menceritakan keterujaan anaknya untuk menunjukkan hasil karangan bahasa inggerisnya bila balik sekolah.Komen komen yang ku tulis selepas menyemak hasil tulisannya membuatkan anaknya tak kering gusi.Juga lebih berdedikasi memberesi kerja kerja rumah yang diberi.

Cikgu,rindulah kat cikgu ...kata seorang anak kecil masa bersalam dirumah kenduri.Jenuh aku renung mukanya utk mengingati siapa dia...Dia pelajar paling pintar dalam kelas tahun satu MBMBI ku.

TEACHER.....jerit penjual ikan dimarket suatu hari.Semua orang memandang padaku...

Hadiah hadiah yang ku dapat sepanjang hayat aku mengajar kalau dikumpul boleh ku buka mini time tunnel...Dari sebatang pensel,sebuku sabun,album,mug juga sebakul bunga ukiran sendiri.Ada kala murid yang tak ku dapat ingat sekolah mana yang ku ajari menghantar buah dari pokok sendiri.Sunggoh sunggoh aku berbesar hati dgn apa yang diberi.
.
Aku pun punya cerita perit,dukalara masa jadi guru dahulu.Ada yang ingin ku lontar jauh jauh dari kenangan.Ada masa aku macam tak sabar nak lari jauh jauh dari segala itu.Tapi bila mendapat penghargaan walau hanya kata kata yang tak terakam aku rasa  cukup bahagia.Rasa macam dunia ni kita yang punya..

Semalam aku bertemu anak didik ku yang hampir 20 tahun tidak bertemu.Dah jadi seorang professional yang berjaya.Dan juga sudah berkeluarga.Sayangnya dia kesuntukan masa untuk sama sama aku berdinner atau chat over coffee.Mau ku tanya anak anak lain yang sebaya dia.Apa kabar mereka.

Dinner at a kopitiam last night....aku order ayam goreng ke atau chicken chop.Rasa payah benar nak ku telan tanpa gravy .Yang disaji cuma sos cili dari botol yang ada...

Bangi Kopitiam mungkin tak akan mungkin ku kujungi sekali lagi....thats it.

2 comments:

  1. haih, terindu pulak kat cikgu² kita... rasa lagi selalu ingat kat cikgu sek rendah. kenapa ye? innocent lagi kot. masuk sek menengah dah pandai minat new kids on the block, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KOG ,
      tapi kan bila jumpa cikgu kenapa ada yang menyimpang jalan...takut ,meluat atau segan.Yang mana ye jadi alasan.

      Delete