Friday, February 21, 2014

Jemu bertamu ?

Tak jemukah duduk terkurung ditingkat 4 dari jam 8 hingga lima setiap hari.Someone asked me.
Istilah jemu mungkin bertamu kalau makcik tak buat apa apa.Dok makan tidoq saja...jawabku selamba.

disini tempat bertapa


So ,hari hari aku sibukkan diri.Setiap ruang aku terokai.Ada habuk aku cuci.Biarlah rumah yang nanti bakal ku tinggalkan bersih,kemas dan zero sawang bergantungan.Bila badan dah letih buat kerja,minda pun tak terawang rawang tak tentu hala.

Selepas pencen ini kali kedua makcik bertamu lama lama di ruang ini.Bukan rumah siapa tapi anak sendiri.Apartment staff KPMPH ini punya 4 bilik dan tiga bilik air....termasuk bilik bibik diluar.Seronok betulkan itu ini lagak professional cleaner dan de clutter.

Sementelah ibu ada disini,projek menukar curtain di jalankan.Dari warna kusam curtain yang berzaman bertukar coklat warna pilihan hati empunya rumah.Minggu lalu kami ke Kamdar memilih kain dan mengupah jahitnya sekali...habis 500 jugalah utk semua.Siap dalam seminggu dan sudah tergantung dari semalam.Sehari suntuk juga nak menurunkan yang lama dan menaikkan yang baru.
yang baru coklat warnanya

ganti yang lama yang dah dimakan usia


Hai tak jemu lagi ka ...bila nak balik..cikli bertanya anaknya dari negeri nun jauh diutara..Tinggal seorang bosan katanya .
Ala...sat lagi .Habis projek curtain cikson balik.Kata makcik beri jaminan.Tup tup ciklin tak dapat hantar ke KL minggu ni.Maka kena extendlah seminggu lagi stay makcik kat sini.Kesian cikli.

tali rapia tu acah acah saja


So bila ada yang bertanya....Tak jemukah di situ
Selagi ada kerja buatku....jemu tidak bertamu.

No comments:

Post a Comment