Thursday, February 3, 2011

Bila bumi mengherdik

 

Bangun pagi ,aku terus mencari news dari CNN,Bloomberg tentang perkembangan Yasi.Bukan nama ah long .Bukan juga nama bakal menantu.Tapi cyclone yang membadai Cairns,QLD,Australia.

Dengan kelajuan 280  ,dia lebih ganas dari Katrina di US.Gambaran bukit yang gagah dengan pokok pokok sujud di hempas badai.Pokok pokok menyembah bumi seperti ada yang mengamuk .Bayangkan kalau berlaku di Malaysia.

Masih kukuh dalam ingatan bagaimana satu tengah hari,sekolah tempat kerja ku berada dalam laluan angin kencang.Guru dan murid dicengkam kegelisahan melihat angin kuat membadai bangunan.Mujurlah tak ada kasualti yang berlaku hanya kepingan asbestos yang melayang ke hujung padang.

Semasa di JPL ,aku masih ingat lentuk pokok kelapa di herdik angin.Arwah abah melaungkan azan sebelum kami lari meninggalkan rumah.Begitu juga semasa kami berkenderaan di lebuh raya.Angin kencang hampir saja membawa kami ke longkang tepi jalan.

Dalam ribuan comment tentang ribut ini, selain ada komen yang berbau rasis,anti agama dan antagonism yang lain,ada yang berpendapat semua ini adalah kerana angkara manusia.Kita dah berlaku kejam dengan bumi,sekali sekala tentulah bumi mengherdik balik.

Ha,rasakan wahai manusia yang rakus.Bumi ku kau gondolkan.Kau muntahkan carbon dan gas beracun dari kilangmu.Kau uji senjata mu diperutku.Kau tidak pernah fikir tentang aku.Jadi apa peduli aku tentang kamu!

Apa apa pun ucapan ini ku tujukan kepada semua kawan,murid dan guru yang merayakan Tahun Baru Cina:

Kong See Fatt Chai.Happy Chinese New Year.May prosperity be in abundance  in this year of the rabbit.

2 comments:

  1. Betul tu Makcik.
    Saya teringat suatu iklan peringatan di radio, guna suara Salleh Yaacob;

    “jangan sampai nanti Bumi marahkan kita dengan cara sendiri...”

    Mungkin benar, Bumi marahkan kita...

    ReplyDelete
  2. Azie,
    Kena pujuk balik bumi yang merajuk ni. Tu yang ada green campaign bagai.

    ReplyDelete