Saturday, February 5, 2011

CNY- adaadasaja

Ada ada saja CNY kali ni. Cuti yang panjang dimanfaatkan sementelah rancangan  ke KL terpaksa ditunda.Jadi adalah beberapa aktiviti yang mengisi cuti panjang ini.

House cleaning jadi agenda utama. Maka bertukarlah tudung tingkap yang sekerat hijau sekerat kuning.Juga bilik air yang dah kelabu dengan juga hijau sana sini bertukar jadi putih memancar mancar.Ewah. Thanks to Mr. Clorox.And to my tulang tulang empat kerat ku.

CNY ini juga menyaksikan majlis pertunangan anak saudara cikli. Sedap makanannya. Especially gulai ikan nya.

Bakal pengantin pun berseri seri dalam busana biru menawan.Semoga pertunangan ini berakhir ke jinjang pelamin dan di jauhi dari  yang hati hati hitam macam apa yang berlaku kepada keluarga kami.

Add caption

Selama 3 hari kami menjadi tuan rumah kepada tetamu jauh.Mat saleh sesat .Mujurlah tak cerewet tentang makan minum.Apa makcik jamu semua….I’m fine.Walau tahu lidah dia pasti terbakar dek kari dan asam pedas.Dan makcik terima sejambak bunga  tanda terima kasih.

Add caption


Masa berjamu diMonadiKomaKP ulaman ini diumpamakan seperi marshmallow.Tekalah apa kebendenye.


Hari ini Sabtu….rumah kembali sunyi.Semua anak kecuali paen telah kembali ke KL.Entah bagaimana lebuhraya hari ini.Yang tinggal untuk menghibur hati hanyalah Nina Ricci serta Mokjadeandell.

Teringat pula pada tokton kat SP.Cikli besok kita pergi ya.Tapi kan besok tentu jam menggila jalanraya.4 jam dari Kangar ke Juru hari ini.Besok mungkin bertambah tambahlah jamnya.


Jambangan bunga tanda terimakasih. Maka berbunga bungalah ruang tamu makcik sehari dua ini.

4 comments:

  1. salam cikgu...
    rasanya belum pernah jumpa lg ulaman yg cikgu suruh teka tu....
    nanti cikgu bagitau ya jawapannya....

    ReplyDelete
  2. Wahh berbunga-bunga jugalah hati Makcik yerrr..

    Orang memberi, kita merasa. Indah di mata, indah di hati.

    Saya pun esok dah start sunyi balik, bila anak-anak akan kembali ke kampus masing-masing.

    Mesra di Maya Tidak Mesti Harus Mesra di Luar

    ReplyDelete
  3. Mamason torture anak mat salleh sesat tu ke? Cian dia! Kalau orang tanya dia: How was Malaysia? Mesti dia jawab: It was hot! purrr....meow!

    ReplyDelete
  4. Akak,
    Cuba teka lagi.Setiap hari ada di pasar.

    Azie,
    Ruang tamu berbunga,dalam hati rasa ada taman.

    Cat,
    Tentu dia balik adu kat mak dia.

    ReplyDelete