Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa

 

Ramadhan Al Mubarak

telah menjelma

untuk umat Islam seantaro dunia

menahan lapar dan dahaga

berpuasa.

 

Berpuasa  dari makan dan minum di siang hari

Berpuasa dari segala sifat negatif menyelubungi diri

Semoga tahun ini kita diberi keberkatan
menempuh ujian berpuasa ini dalam ketakwaan

 

Buat anak anak diperantauan

Semoga diberi Allah kerahmatan,kesabaran,keberkatan

menempuh segala cubaan

Dalam bulan ramadan.

Buat saudara mara , kawan dan rakan

Selamat berpuasa dalam sebulan

Redho Allah dicari demi kesempurnaan.

……….

Masih mencongak apa nak masak

Untuk dimakan tiga beranak sebelum imsak

Sambal tumis udang

Sayur campur

Telor dadar/ikan kering goreng

Ayam kunyit with pineapple slices.

………..

Buat anak di Brisbane,

Yang puasa akan bermula hari Khamis.

Tahun kedua diperantauan

Abah dan mama di Perlis

rasa kerinduan

………….

Buat anak di Seri Kembangan dan Pahang

Kalau rasa rindu nak makan masakan ibu

Baliklah kami menunggu.

 

Haiku ditulis (haiku ke)

mokjadeandell .

No comments:

Post a Comment