Tuesday, August 10, 2010

Bila pakli naik lali 6-Selangor

 024

Bila pakli naik lali,kami jengok Selangor. Selangor banyak menyimpan kenangan ,semasa makcik muda belia.

Di hantar bertugas,kawasan pedalaman,dgn keretapi makcik datang.Siap bawa bungkus macam dalam wayang.Ada selimut ada gebar.Aduhai teringat balik,senyum melebar.

Zaman dulu,mana ada lebuhraya.Nak pi sana punyalah siksa.Sbb kami duduk jauh paling utara,nak pi Selangor amatlah bercinta.

Dulu kalau bertolak,orang suka waktu malam,tak jumpa bilik air,belakang pokok,boleh jalan. Nak makan,siap nasi minyak,sambal tumis ikan bilis,tepi jalan,bawah pokok,bentang tikar,amboi nyaman.

Seingat makcik,jalan lama,bengkang bengkok.Jumpa eksiden tak terkata,jalan jem habislah masa.Dari malam kemalam lah jawabnya nak jumpa  rumah saudara.

Kenangan tak boleh lupa,semasa mengurus pinangan adik di Kajang.Bila balik kereta buathal.

Mati enjin dekat trafik light.Maka berdramalah makcik dengan penarik kereta.Konon kereta kami kena overhaul . Sedangkan yang KO hanyalah spark plark

020

Terimakasih banyak lah pada cikgu cikgu maktab yang menumpangkan kami dirumah mereka. Mujurlah kereta buat hal di situ kerana depan sikit saja adalah lebuhraya.Gerun tau dulu masa lebuhraya baru dibuka kerana kereta tak banyak yang guna.

H2N2 banyak juga depa kata.Macam Volks kuning tanpa pemandu,kalau jumpa tentu lah haru biru.

Antara tempat kat Selangor,Sungai Buloh,Kampung Melayu,Kg Cubadak,Kajang,Sg Ramal Dalam,TUDM  adalah tempat yang makcik dah pijak.

Sekarang ni Bangi,Seri Kembangan tempat kami pergi.Yang lain dah tidak lagi kerana anak dah habis mengaji.

Dalam banyak banyak tempat dalam Selangor,makcik teringin sangat nak pergi Gedangsa,Felda Suharto dan Sungai Tengi kerana di situlah makcik mula mula pijak kaki.Dari JPL Ke Selangor ini.

Selangor bukan KL dan KL bukan Selangor.Itu banyak orang  yang tak berapa tahu .Sebab bila di tanya ,di mana KL.Banyak yang jawab: Nun kat Selangor.!

028

No comments:

Post a Comment