Wednesday, August 11, 2010

remembering -Fasting months

I doubt if I could write any fond memories of the fasting months during my growing up years.Would it be of any use or significance remembering those years of hardship.
Kenapa nak di coretkan kisah silam yang kelam.It was not at the least  happy years.
Seusai umur tujuh kami telah mengharungi dugaan.Dugaan semasa menjalankan perniagaan makanan dalam bulan puasa.Tahun lima puluhan dan enam puluhan adalah jauh berbeza dari sekarang dimana jika berniaga makanan beroleh pulangan lumayan.Boleh jadi jutawan.
Masa itu,mana ada pasar ramadhan,pasar minggu atau pasar malam dimana peniaga tidak susah mencari pelanggan.Ada seketika abah mencuba berniaga.Dan dengan linangan air mata membawa balik jualan yang tidak surut dijaja.Jadi sepanjang bulan itu,kami terpaksa tutup kedai dan mengikat perut.
Ada sekali,kami betul betul putus duit.Habis diselongkar,terjumpalah barangkali lima puloh sen.Dengan wang ditangan aku menuju kedai dan membeli gandum untuk dibuat bubur.Ya ,kami berbuka puasa dengan hidangan itu. Bila putus wang,abah naik berang,semua jadi sasaran.Kesian mak ,selalu saja diuji kesabaran.
Tentang masakan,ibu seorang yang cermat.Segala kuih,lauk dibahagi sama rata.Kalau dua ketul seorang,tidak bertambah,tidak berjebah.Bila mendapat hantaran dari jiran yang baik hati, besarlah hati kami.Dapatlah kami merasai masakan orang berada.
Anak anak,
Actually kesusahan itulah yang membina jatidiri ini.Tak suka membazir,jimat cermat,kedekut pun ada juga.Kalau tak kena gaya memang saya berkira,tapi bila memerlukan kita tak rungsing kepala.Mama memang boleh belanja! Kan?
Kesusahan itu jugalah yang membuat mama nampak macam berkira.Kalau guna sesuatu,kena sampai habis.Biar ketitis yang akhir.Buat apa membazir.Shampoo tu,goncang dulu botol dengan air.Sebelum buka botol baharu.Ubat gigi tu,gulung tiub sampai kehujung.Biar sampai habis.Duit syiling yang jatuh sana sini,kutip.Bila tak ada, syiling itulah penyambung nyawa.
Alah mama ni, tak kaya aih dengan berbuat  begitu.
Anak anak yang tak pernah kenal erti kelaparan,kesusahan ,
Itulah yang mama amalkan kerana takut ditimpa kesusahan yang berpanjangan sekali lagi.Takut  untuk berjoli dahulu,bersusah kemudian.
Sedikit sedikit kan lama lama  jadi bukit?

Dan mama amat menghargai contoh dari tokton. Yang setiap kata,perbuatan terlebih dahulu diteliti.Itulah yang membuatkan dia dihormati,kecuali oleh orang yang dah mati .....hati.

Azan dah di laungkan.Berhenti dahulu untuk sembahyang.

4 comments:

  1. Tom: Mujur kita tak payah puasa kan?
    Michael: Itulah, untung jadi kucing.
    Tom: Budak2 kat Perlis tu puasa ke?
    Michael: Jom kita tanya Mamason.

    ReplyDelete
  2. Mamason: Michael, budak budak ni depa hari hari raya.Lauk banyak dari biasa,itulah kenduri buat Mok,jade dan dell.Berseri seri muka.

    ReplyDelete
  3. Lady,
    You're welcome dear.Its a kenangan from the past,yang boleh kita jadi panduan.So that life kita taklah selalu tersasar.

    ReplyDelete