Most of my childhood was spent in JPL. Jalan Pondok Labu.Actually there wasnt any pokok labu yang dapat saya ingati.Penduduknya taklah berapa ramai ,jadi kami mengenali sesama kami.
Semasa bulan puasa,apa ye yang istimewa.
Remembered that,pasar adalah jauh untuk berjalan kaki.Nak ke Tesco,Giant,Carrefour,hey,mana ada! Jadi selalunya ibu membeli dari penjaja ikan yang berjaja dikampung ini.Hanya ada jugalah ibu menapak ke market di Pekan Kulim kalau lebih duit belanja.Yang masih ku ingat,pesan memesan memang adat:
Cik Aton,kirim beli udang sekati ya.( no no ini bukan kesalahan -kilogram belum lagi digunakan).
Balik ke rumah berjalan kaki,naik gon ( bukit kecil) masuk kampung Cina bukan sekali ….short cutlah ini.Dulu mana ada peti ais.Mana ada grinder dan blender.Rempah siap dalam peket? Tak tahu pun.
Jadi barang dibeli rasanya hanya untuk dimasak sekali.Mulalah menggiling cili,kunyit,rempah untuk dibuat gulai.Tapi gulai ini,lagi diperangat lagi sedap.Sampai menjilat jari.
Masa bulan puasa,hantar menghantar jadi amalan.Jadi kalau buat satu masakan,bila berbuka jadi berpinggan.Ada rumah yang ditunggu hantaran,tapi ada yang tak lalu dimakan.!
Teringat neighbour yang boleh dikatakan berada.Anak seorang,suami derebar.Pulut udang dia,hai tak boleh lawan, kalau dia hantar,memang kami suka.
Masa kecil,tunggu ketuk berbunyi,siren balaibomba itulah tanda.Dah nak buka puasa!
Tapi bila ada more di masjid,itulah time yang makcik suka.Makan sedap wei,berlainan dari rumah kita.Ha ha.Orang pergi sembahyang terawih,kami anak anak nak jamu selera.Sekali orang perambat,kami lari bercempera.Dapat tahu kat tokton,kena rotanlah hadiahnya.
Memang nakal makcik dan kawan kawan dulu dulu.Hantu pun takut nak ganggu.Mau sekarang buat macam tu,silap silap kena bawa lari,kena kidnap,baru tahu!
Eh seram baca berita anak anak kena kidnap,walau pun depan rumah! Depan mata ibu ayah.
No comments:
Post a Comment