I would like to pose this question
How many percent would you believe in your husband honesty in marriage?
100% tanpa ada langsung terselit kecurigaan dihati.Maka anda pun menyerah segala duit,ringgit dan sen milik anda,segala raga dan bakul hati milik anda.Untuk seorang lelaki yang bergelar suami.
Years back,I was admonish for putting the idea of 80% belief in your spouse.20% lagi reserve for yourself.
Nak kira apa hal laki bini.Harta dia harta kita,harta kita harta dia.Jadi semua harta sepencarian hanyalah tertera nama suami walau siisteri juga bekerja.Nak dijadikan cerita,pertengahan perkahwinan,bencana menimpa,rumah suami jual.Keluarlah kawan ini mencari arah tujuan dengan langit sebagai bumbung.Sedih kan?
Dan semua kerja,membayar bil air,letrik ,ke market semua dibuat isteri kerana nak sangat jadi isteri mithali.Apa jadi bila suami tinggalkan pergi.
For me its shared responsibility.Sang isteri perlu memberi peranan pada suami ,jangan asyik kena buli.Biarlah ada persafahaman yang ini tugas suami dan ini tugas isteri.Tapi kalau adakala suami buntu,bantulah dia selagi mampu.jangan pula ditambah beban dia ,dengan bebelan dan sesahan.
Teringat lawak kat sekolah tentang suami yang jarang balik rumah:
Macam mana nak balik,belum aku buka mulut nak kata hai….dia awal lagi dah kata :
Hoi!
Dan kepada si suami yang beria nak pasang dua tiga ,tanyalah diri anda:
Mampukah anda berlaku adil.Mampukah anda membesarkan anak anak kecil semasa usia anda dah terlalu tua.Mampukah anda menahan kerenah isteri isteri anda bermasam muka.
Teringat perihal seorang bapa disekolah yang menghantar anak hyperactive setiap hari: Saya sangkakan cucu ,rupanya anak.Anak anak isteri tua telah berjaya semuanya tetapi dia masih terkial kial membesar anak yang masih mengalir hingus semasa dia sudah longgar kepala lutut.
Yang saya nampak:
Kahwin dua tiga . Senangkah anda? Tak senang pun!Susah lagi ada.
Dari perhatian kes kes disekeliling dan juga semasa menolong selesai masaalah kekeluargaan.Terutama hak penjagaan dan pindah sekolah.Macam macam kerenah.Being a school head,you cant run away from dealing with family matters.Family matters yang selalunya bermula dari seorang suami.Selalunya.
i agree kerja rumah dan mendidik anak adalah shared resposibilities. soal biaya harus 100% suami tapi kalau isteri ikhlas membantu, bonus lah namanya tu.
ReplyDeletedari sudut agama we have to tawakul and trust 100% tapi dari sudut kemanusiaan if feel 99% percaya cukuplah.
saya berpendapat tak ada lelaki yang mampu berlaku adil if berkahwin lebih satu. wang ringgit, masa etc. maybe boleh tapi soal hati agak mustahil.
cikgu...
ReplyDeletesesuatu yang menarik dibincangkan...
bila anak2 dah besar... kenapa pulak nak menjaga anak2 kecik??? patutnya kita dah boleh berehat diusia pencen. Makan angin sana sini....
(pernah terjadi kepada kawan saya juga... suaminya meninggalkannya dan dua anak teruna yang sedang membesar dan sekarang dahpun bekerja... tapi suaminya masih kena mengasuh anak kecik....kesian sungguh....)
Noir,
ReplyDeletekalau diberi sampai 100% ,apalagi yang tinggal utk sendiri.Its through the eyes of the wife.Mesti ada juga rasa cemburu.tapi tidaklah melulu.Nanti harubiru.
Pn @ ibu n abah,
ReplyDeleteYa kan.Tangan dah terketar ketar kena jaga malam salin lampin anak isteri muda.Sedangkan isteri tua dah lega banyak boleh tengok dunia. haha.padan muka...oops