Kalau berbicara tentang jodoh,kita selalu terdengar,terbaca tentang orang memperkatakan kehendak ilahi.Nak buat macam mana.
Betulkah kehendak ilahi seratus peratus?Tanpa kita langsung tidak memainkan peranan apa apa?
Selalu terdengar: Nak buat macam mana.Kehendak Tuhan.
Jadi langsung kita tak bersalah kalau jodoh kita hak orang?
Entahlah,jenuh juga makcik membilang kes saudara dan kawan yang menjadi….the other woman atau tergugat dek the other woman.
Satu : Bila siisteri baik ,berbudi kepada keluarga suami.Berkorban membela adik adik ipar ,bila suami ada the other woman.Adilkah?
Dua : Bila si isteri simpang perenang,mulut tak ada insuran,garang tak ada had,bila suami cari ketenangan pada the other woman,Adilkah?
Ketiga : Diri sendiri menjadi the other woman.Adilkah?
Adakala makcik jadi pemerhati,kerana nampak tidak akan ada penyelesaian pun kalau kita ambil peranan.Tapi kalau itu satu ketidakadilan,makcik sanggup berdepan.Taking the bull by its horns.
Dan satu keadaan ,makcik sendiri membahayakan diri kerana terlalu memikirkan sehingga buat kerja jadi tidak peka kepada risiko.Akhirnya,air panas mencurah peha.
Makcik sanggup bersemuka,jadi orang tengah,menasihat saudara dan anak buah,andai itu ada faedah.
Sesungguhnya,bila kita membuat kebaikan kepada orang lain,insyaalah,bila kita diuji,adalah orang lain yang akan menolong kita walau kita tak sedar.Itu sangat sangat makcik akui.
Dan satu pesanan pada anak anak: Please,please dont be the other woman!
Please dont.Its messy.It isnt easy.
Dan tahukah anda…..ada enakmen yang orang ketiga atau dalang penceraian boleh didakwa….sumber blog Persatuan Peguam Syarie.
image : googled
I agree with you 100%. The easiest way out is to blame takdir. How convenient!! I just hate it when they give such rubbish as an excuse.
ReplyDeleteTakdir menemukan.Takdir memisahkan.Tapi kalau kepala memikirkan,bukan hati yang memaksa,tak jadi perkara.Tapi ramai orang berfikir melalui hati.
ReplyDeleteCikgu...
ReplyDeletesaya pernah 2x hampir menjadi the other woman.. tapi sebabkan saya pun tak pernah nak berangan jd isteri kedua/ketiga... saya tolak...
Alhamdulillah.. Allah temukan saya jodoh yang paling baik... Alhamdulillah...
Kalau kita ada niat tak mahu jadi punca keruntuhan rumahtangga orang,insyaallah tuhan temukan jodoh yang lebih baik dari yang kita tinggalkan.
ReplyDelete