Hari itu,aku berjumpa saudaranya.Dah lama tak ketemu,adalah soalan soalan tentang keluarga dan anak anak.Akhirnya bila aku bertanya tentang kawanku,jawapannya:
Mereka dah bercerai.Kesian dia.
My Cinderella like friend where her beauty was the talk of the town had a failed marriage. Her handsome husband succumbed to the charm of the younger person.
Aduh kesihan.Dia yang tanpa suami,tanpa pekerjaan,bagaimana hala tujuan? Rindunya saya nak berjumpa dengan dia agar boleh menolongnya.
Berpuluh tahun dahulu,aku melihat dia .Kali terakhir bila dia meninggalkan keluarga pada hari yang sepatutnya disambut dengan gembira.Kul ihat tangan neneknya menepis tangan nya yang dihulur untuk bersalam sebagai tanda selamat tinggal.Aduh,kenapa dia berkahwin diluar sempadan tak dapat aku pasti jawapannya.
Selalunya kita bersangka,a cinderella meeting her prince charming tentulah aman bahagia.Selamanya.Tapi itu kadang kadang tak jadi nyata.
Begitu juga bila kita lihat perempuan hodoh tentu kita berkata:tak lama la tu.Tak lama suami dia tentu jemu.Cari lain sudah tentu.
Tapi yang hodoh itu jodohnya kuat dan rumahtangga nya tetap tak goyah walau dicabar kerana dia seorang yang sabar.
Jadi bila ada yang bertanya: Saya tak cantik,sebab itu saya tak mahu kahwin.
Makcik jawab:Kalau ada yang sudi,cuba dulu.Mana tahu kekal abadi! Kadang kadang jodoh orang yang tak secantik mana lebih kekal dari yang manis menawan.
Mencari jodoh umpama menyeberangi jambatan.I once read.
Andai jambatan kita pendek,cepatlah kita menyeberanginya. Andai jambatan kita sepanjang jambatan San Francisco,jenuhlah kita menapaknya.
Apapula kalau kita tak ketemu jambatan itu.Bina sendiri,biar dari buluh.Jangan merampas jambatan orang kerana itu bukan baik perlakuan.Sumpah orang yang malang dan dianiaya selalunya menjadi badi.Lebih buruk lagi,selepas merampas,usahlah meninggi diri dan bertempik seluas negeri :
Lihatlah kami!
Petikan dibawah adadalah dari blog yang dibaca , tapi dah lupa dekat mana saya jumpa.
Di dalam buku bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit ,tulisan Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’terkandung doa pendekat Jodoh.
Nak saya turunkan,tiada font tulisan Arab pula.
Cari sajalah buku itu.
Am going out tonight ,so I post this post now.Selamat membaca.
salam cikgu...
ReplyDeletecerita cikgu ni sama dengan kisah kawan saya... orangnya cantik tapi bercerai juga...
bukanlah hendak menyalahkan mana-mana.. tapi setiap tindakan samada yg baik dan yang buruk tentunya dari kedua-dua pihak jua..
Mungkin ego juga memainkan peranan.Ego atas kecantikan,ketampanan.itu yang kedua dua tak mahu beralah.Tak mahu bersabar.
ReplyDelete