Monday, July 3, 2017

Buat kenangan di hari muka nanti.. raya 2017 kami.

*Kepulangan yang dinanti.

Tahun ini semua ahli keluarga pulang. Dari Wilayah cikten n famili berkereta bersama abang . Hari Sabtu dah malam baru sampai akibat jam dijalanan. 12 jam juga lamanya.
Ciklin malam Jumaat bertolak dari Pahang dgn bas jam 9.00. Nun petang Sabtu baru sampai dilaman rumah .
Cikina naik ETS. Ini pun ada cerita. Perjalanan smoooooth dari KL Central sampai SP. Disini bermulalah terhencut hencut tren yg dinaiki 20 km sejam kerana kabel telah dicuri...Dekat maghrib baru sampai ke Arau.

* Persediaan juadah raya
telor sepapan direbus keras. Sawi berikat dipotong kemas.
Cikten teringin nak makan mee mama katanya. Jadi cikson buatlah skala besar buat menjamu kaum keluarga . Awal awal dah kejar cikli pi beli kaki lembu. Mee dan bahan masakan. Kuah cili kali ini dimasak dengan kacang dan lenga. Lupa pula nak save yg original .
15 bungkus mee ,seperiuk paling besar kuah berserta ramuan disajikan kepada tetamu. Tak menang tangan kami anak beranak.

Kerana sibuk tak menang tangan
Mee sepinggan pun tak tergambar
Gambar ni ihsan dari tetamu...


Hari kedua masak nasi berserta masak lemak cili api udang dan pisang muda utk adik dari KL.

Kuih dan biskut dibeli anak anak. Teringin nak buat macam muda muda dulu bila lihat  kuih nostalgia .

Kuih muih,biskut dan kek
Dibeli oleh tiga beradik..


*Kunjung Mengunjung
Tahun ni masih mengekalkan ziarah Sungai Petani selepas beraya dirumah MIL. Dah berpuluh tahun begini. Tiada pengalaman berkumpul ramai2 dimalam raya buat anak2 dirumah tok n nenek mereka.
Rasa ada kekurangan sejak tt tiada.

Raya kedua RBL riuh rendah sanak saudara dan sahabat handai. Rumah cikson hanya jamu mee dan kuih raya. Tiada add on .

Raya ketiga kami ke Taman Golf Alor Setar utk majlis tahlil dan jamuan raya SIL. Jam 6.30 bertolak. Pukul 8 lebih baru sampai. 2 jam utk Kangar - Alor Setar kot.
sanak saudara berhari raya
Raya ke empat rumah acik Ida. Bihun sup jamuannya.



Kunjungan ke Padang Besar tak dilepas juga. Seronok anak2 membeli cadar dan cikson pun join sama.

cadar dan selimut RM 50 teringin warna turqoise
balik rumah terus jadi eric .....cantikk kaaaan
Raya keberapa eh..Hari Sabtu ke rumah kawan sejak tadika ciklin di Guru Jaya. Makanannya enak semua.Kambing golek,nasi tomato ,roti jala kuah durian semua makcikson bantai saja. Sakit demam belakang kira.... haha.

sedap sedap makan di jamukan
Kat sinilah kambing golek yg awesome disajikan


* Anak anak pun pulang 

Raya ketiga cikten suami isteri serta abam Pohim dan abang kembali ke rumah masing masing. Bertolak jam 11 lebih kurang,nun jam 3 pagi baru dapat kabar mereka sampai PV. 16 jam tu..
Cikina nak ETS. Mujur licin saja perjalanan.By 2 dah sampai Central dalam masa yg ditetapkan.
Ciklin naik bas. Katanya not so jammed lebuhraya. Gud .

Di sebalik dinding kaca
mereka yg akan pulang diseberang sana
Menunggu ETS yg akan tiba...
* Lain lain tentang raya.
Aha... tahun ni anak anak sponsor baju Ariani . Segan sebenarnya nak berbling bling lagi . So on raya pertama,cikson berbelit tudung dan bersarung ala kebarung hijau lumut.

Baju baru utk kerusi
Nak jahitnya ambil masa tiga hari
Kerusi makan pun baju baru. Ni mama nak pakai baju kurung memanjang. Steadylah mama....they coaxed me .

Menghadiri kenduri walimatul urus anak teman sekerja. PK pentadbiran semasa di SK Sena.

Bertempat di dewan SK sebrang Ramal
Bersua ramai kawan rakan semasa bertugas.
Thats all folks my take on 2017 Aidil Fitri. Syukur Alhamdulilah masih dipinjamkan kekuatan utk merayakan nya. Tahun2 hadapan entah bagaimana pula.

Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin dipinta dari semua.

Sekali sekala rasa nak bernostalgia
Boleh pula cikli kata cikson bawang holland pula.


 Bye.












No comments:

Post a Comment