Monday, January 9, 2017

Well done,guys

Pagi ini matahari menampakkan wajah seawal pagi selepas 3,4 hari bersembunyi diri.
Eh.. dah hari Isnin minggu kedua sejak sekolah dibuka.
Pagi pagi terdengar enjin kereta dan deruman dijalanraya menandakan hari bekerja buat yang belum capai umur bersara.

Pagi pagi ni terimbau kembali suasana assembly . Perhimpunan pagi Isnin yang kalau tak hujan mesti kadang kadang lebih panjang dari masa yang diberi.
Semasajadi guru penolong, tugas mengendali perhimpunan termasuk dalam takwim . Jadi mau tak mau,ketar tak ketar, ke depanlah kita membuat hebahan dan menjemput yg lain buat ucapan.
Dan bila jadi Penolong Kanan,berucap diperhimpunan jadi lebih kerap. Dan bila menyandang jawatan ketua yakni GB atau headmistress ,berucaplah kita setiap minggu without fail.Tak kiralah hari tu suara semput atau pening kepala.

Dan satu yang sangat suka cikson buat adalah mengumumkan kejayaan sekolah kita. Kita rasa bangga tak terkira kalau sekolah beroleh kejayaan walau pun dalam bidang apa saja.

Sekolah akhir cikson, SK Sena memang banyak kejayaan yang ditempa masa cikson bertugas disana. Memang dah jadi tradisi sekolah mencebur dalam bidang yang mendatangkan faedah pada warga Sena. Jadi,walau sekolah lain tak ambil bahagian,kami di Sena peka dengan pertandingan pertandingan yang ada  . Jadi tak hairanlah, kami jadi juara lompat tali hingga ke peringkat kebangsaan. Ada lain lain pertandingan lain yg cikson lupa namanya. Kami berjaya jadi juara. Dan yang jadi tulang belakang adalah seorang ustazah yang sangat berdedikasi. Usatazah Muainah. Terbayang cikson susah payah cikgu2 menyediakan murid2 utk pertandingan2 itu. Dan cikgu2 semua banyak membantu.Tidak kira cikgu BI atau Bahasa Melayu.
Aduh... sweetnya memories di situ. Ada juga bertanya macam mana cikson dapat tackle cikgu supaya mendapat kejayaan kejayaan itu.
Dan akhirnya... satu kejayaan paling sweet adalah pengurniaan Sekolah Kluster Kecemerlangan pada Hari Bersara cikson.... sempat merasa sweetnya dan indahnya rasa menjadi sekolah kluster pertama sekolah rendah Perlis. Dan paling sweet bila Tuan Pengarah sendiri memberi penghargaan..juga MB ketika itu.

Semoga SK Sena, SKTTB dan SK Kayang yang pernah cikson terajui mengungguli kecemerlangan 2 ini. Teruskan usaha adik adik .

Dalam banyak2 berita yang mewarnai media adalah kejayaan kejayaan anak Malaysia. Well done guys.
tahniah ...

tahniah and good luck Faiz

Tahniah

Tahniah..


Sebenarnya anak Melayu tak kurang genius dan hebatnya. Well done guys.

Semoga anak ini juga membesar jadi rakyat yang berjasa pada ibubapa,negara dan agama.
cucu yang sedang lincah belajar berjalan dan bercakap.






No comments:

Post a Comment