Monday, January 9, 2017

Bila malas,call depa..

Bila malas call depa.
Depa?
Siapa?
Depa tu anak anak dan adik adik yang menjalankan food delivery dan lain lain kat Perlis.
Nak tau,macam macam depa niagakan.
Dari lauk pauk,kuih muih,ubat kurus, baja pokok semua ada.

Malas masak ,malas keluar,cari saja kat sini
Tapi kena jadi ahli
Yang terbaru cikson cod ayam mango. Sedap juga rasanya dan untuk RM 8.00 se set,portionnya agak lumayan. Senyum manis adik yang datang menghantar ayam mango tu. Ibu muda yang akan mengambil anak di sekolah Jumaat hari tu. Selain set nasi ayam mango, tortilla pun dia usahakan.Nanti2 boleh cuba.

Dah cuba dua kali.
Sedap kata cikli




Sebelum ni cikson suka ayam grill kawan anak. Lapaq chicken nama productnya. Masa order tu ramai ada dirumah. Dan untuk satu whole chicken berharga 25 ringgit berbaloi rasanya. Apatah lagi cikson masak tambahan nasi minyak, sambal telor dan acar nenas n timun. Semoga usaha anak ini mendapat kejayaan dimasa datang.
Ni kawan cikna punya
Sedap dimakan begitu saja

Selain ayam,cikson pernah berurusan menempah tart untuk hantaran. Dengan harga 40 + bolehlah .
Nampak menyelerakan..

Oh ya... bukan makanan saja yang boleh call call. Nak senang jadi ahli grup Perlis Food Delivery.

Baru2 ni terserempak dengan servis hantaran barang basah ke rumah. Mereka disini...Nanti boleh cuba.
Nak beli sayur dan ikan
Panggil saja depa hantarkan.


Nak basuh rumah pun dah terjumpa mereka yang menawarkan servis.
Tunggu nak panggil untk cuci no 7 dah lama ditinggalkan begitu.

To sum up... semua dihujung jari sekarang ni. Tanya mr google apa apa yang terbuku dihati.



No comments:

Post a Comment