Dia rasa dunia telah fana. Akibat angkara yang dilakukan. Pengebom berani mati kerja dia ni. Maka untuk kepahlawanan dia, dia diberi penghormatan.Penghormatan teringgi. Diangkat menjadi wira negara. Disambut pulang dengan segala keraian yang ada.
Namun... itu semua tak bermakna. Dia sedar apa yang dilakukan. Beribu nyawa terkorban. Yang tidak berdosa terlibat sama. Anak2 bercerai dari ibu bapa. Rumahtangga yang harmoni porak peranda.
Dan dia mengambil keputusan untuk bersara. Bersara dari dunia ini.Pergi menemui pencipta yang esa,.
Hari itu adalah hari Pahlawan negaranya. Dia keluar dari hotel penginapan dan menyelusuri jalan. 'Alam ini aku nikmati untuk terakhirnya'. Kerana balik nanti,pistol yang tersimpan dalam laci akan digunakan.
Dia berjalan dan terus berjalan. Hujan turun.
Kakinya melangkah menuju tempat berteduh.
Dibawah teduhan,dia berkongsi dengan seorang wanita yang wajahnya nnampak tidak ceria. Berduka.
'Kenapa berduka,boleh cerita'...dia memberani diri bertanya ,bila melihat air mata.
Di panjang cerita, mereka bercerita tentang kesusahan mereka.
Si gadis dipaksa menikahi seseorang yang bukan pilihannya.
Dipendekkan cerita, si pemuda tidak jadi membunuh diri bila dia kembali kebilik hotelnya yang dingin.
Besoknya dan hari2 berikutnya dia merayau ditempat yg dia bertemu gadis itu.
Setahun lamanya dia menunggu.
Akhirnya dia bertemu jodoh. Bukan dengan gadis berwajah suram yang ditemui. Namun isteri dan anaknya meninggal dunia. Tinggal dia seorang diri.
Dia teringat kembali gadis bawah beranda yang ditemui 40 tahun dahulu. Facebook dia layari namun tidak berjumpa.
Akhirnya dia menulis surat kepada gadis yang menyelamatnya dari membunuh diri.
Berjayakah dia menemuinya...
Kenapa ya selepas 40 tahun , kenangan yg dilalui tersemai kembali.
Aku terbaca a letter to the woman I met 40 years back di fb. Cuba mencarinya kembali namun tidak berjumpa.
40 tahun lebih dahulu seorang anak muda menanya kepada seseorang kenapa menangis dalam bas.Setelah kembali dari piknik di tepi laut. Tapi gadis itu tidak memberitahu apa2. Hanya menggeleng kepala.
Entah apa jadi pada mereka...
Yang pasti ,masing masing tidak pernah bertanya kabar. Si gadis punya kehidupan sendiri, dan si teruna yang bertanya pun mngkin tidak ada perasaan apa2.
40 tahun kemudian, kenangan itu menjentik hati kembali.
solitary shadow |
solitary bench |
solitary bird |
solitary president |
No comments:
Post a Comment