Sunday, October 24, 2010

kembara makcik blogger ….part 2

Pagi pagi lagi makcik terbangun dan mendail nombor 019 …..64…..Bahaya, tak boleh bagi tau semua. The person you are ….is not available.Begitulah lebih kurang bunyi suara dihujung talian.

Setengah jam kemudian ,makcik dail lagi.Begitu juga jawapannya.Akhirnya makcik tertidur kembali dan telefon berdering.Mama …15 km lagi sampai.Tergopoh gapahlah makcik bersiap untuk menjemput si tetamu di stesen bas.Being a person who worries a lot,makcik bimbang kalau anak tak dijemput as soon as possible. Kan la ni macam macam cerita sensasi berlaku.

Selepas menjemputnya, kami terus ke pasar tani TSI.

image
Add caption

 

gambar :http://www.utusan.com.

Tengok gerai nasi lemak,beratur panjang pelanggan.Sementara si kakak menunggu nasi,makcik meneruskan perjalanan.Gerai daging …. tulang beserta lemak dan daging sebungkus.Di gerai ayam,sebungkus plastik lagi bertambah ditangan.Gerai buah , gerai sayur …dua tiga bungkus.Gerai coklat, gerai ikan kering,you name it,we got it.

Akhirnya berbungkus bungkuslah bergayut plastik dijari makcik.Bukan sebelah tetapi kedua duanya sekali.

La pi mana lama tak nampak? tegur seorang kenalan.Syukur ada lagi orang kenal makcik.Actually,makcik ni tersangatlah malasnya ke pasar tani or anywhere.Selalunya pakli yang akan menjalankan tugas ini.

Ternak kulat kat rumah….makcik menjawab.

Ada lagi yang menegur,tapi makcik tak dapat associate siapa empunya nama. That is my worst skill.Tapi makcik tak tunjuk kesebalan itu.Waterface kena jaga.So bertegur sapa makcik macam kenal dah lama.

Tengahhari rasa malas nak masak.Kenyang , kerana nasi lemak samtong dan samyam.( pinjam istilah sebentar ya akaktoo.)Dan makcik merencana plan untuk makan dua beranak hari ini.

Kita skip lunch,sebab kenyang lagi kan.Petang nanti kita pergi kola pekena laksa ke,sotong goreng tepung sambil hirup udara laut.

Ok mama,your plan superb!

Sampai pukul tiga ,perut makcik dah berkeroncong.Si tetamu dah tidur.Dan nak gerak kesian pula sebab dah 12 jam dalam bas.

So whats my plan of action?

Lebih kurang sejam kemudian,dua beranak menikmati minum petang cum makan tengahhari dengan bihun sup tumis darat berserta keropok ikang Kuala Terengganu.

Dan malamnya juga,bihun sup ini jadi santapan.

Itulah catatan hidup seorang makcik blogger yang suaminya sama berombongan cik kiah ke KL hari ni.Nak jumpa tok penakan.

Hidup mamason!

No comments:

Post a Comment