Sunday, October 24, 2010

aduhai pakmok

Jam dah lewat tengah malam.

Nak tidor,mata masih bertahan.Lagi pun pakli dan rombongan akan sampai balik Kangar lebih kurang masa ini.

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz,ghhhhhhhhhhhhhhhh,trrrrrrrrrrrrrrr.

Kuatnya mengeroh.Siap ada seakan whistling sound.Keluar habis semua alphabet yang ada.

La ,si mok yang punya angkara. Nyenyak sunggoh tidornya hingga macam macam bunyi keluar dari mulut dan hidungnya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pakmok ,pakmok.Kesian pula makcik tengok dia. Asyik asyik dia saja yang kena .Cubaaan.

Hari tu ( lama dah) dia kena sisi motor. Melolong pakli membawa dia ke vet.Mujur dia tak apa apa.

Seminggu lepas,kerana ketidak apaan tuannya, badannya ter lekat getah perangkap tikus. Kesian tengok bulunya habis gugur akibat itu. Mujurlah tak melarat dan dia dah kembali normal.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pakmok adalah anak mummy blur ,kucing parsi/siam yang ditinggalkan tuannya. Sifatnya yang mesra membuat semua anak anak sayang padanya. Tidak melawan dan manja dan mengalah .Bukan pengalah macam kata Vince AF 2 .Dia selalu jadi sasaran Dell.Dell macam tak boleh berdekatan dengan pakmok mesti tangan naik ke muka. Mesti grrrrrrrrrrr memanjang bunyinya.

Badannya gemok ,mengatasi kebanyakan kucing biasa.tetapi sifatnya sangat docile.Cukup takut dengan paen kerana dia selalu kena marah .Pakli pun tak bagi muka dengan nya.Kalau nampak paen,cepat cepat dia angkat kaki keluar rumah.Dia kena marah kerana selalu nak menandakan wilayah dia tak kira tempat.Mana boleh tahan!

Pakmok ni tak boleh langsung kita sebut namanya.Matanya yang sedang pejam pun boleh terbuka dan mengiakan cakap kita.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Contohnya :

Mok ni kuat makanlah kak lin.

Eeeeeiow.

Dia ni penakut bukan main.Hari tu dengar mesin jabatan kesihatan sembor ubat Denggi,tak tentu arah jadinya.Muka mok nampak kalut sunggoh.

Eeeeeeiow.

La tidoglah pakmok. Tak payahlah iakan apa orang kata …….dok eyau,eyau.Cuba sebut …Yes..Yes.

6 comments:

  1. Sekali dia bukan sebut 'yes..yes..' tapi 'ya buk.. apa2an saja...' hehehe...

    ReplyDelete
  2. Kakcik,
    kalau gitu,mamason tuannya akan masuk dalam buku Guinness Book of Records atau masuk Tv .Famous makcik!

    ReplyDelete
  3. Geramnya tguk kucing2 akak ni...tp ida tk suka bela kucing sbb tak tahna bulu2nya..anak2 pulak ada asthma..cuma bila balik umah mak seronok main dgn kucing2 abah yg bnyk...

    ReplyDelete
  4. Ida,
    Dulu makcik pun tak suka kucing,tapi sejak Jade dtg ke rumah tanpa sengaja,tersayanglah pula .Org kata kalau kita sunyi,kucing boleh jadi peneman.Boleh juga buat berkawan.

    ReplyDelete
  5. Mok,
    Awat yang hang pi tanda wilayah tak tentu hala tu? Kan tu dah rumah hang! You'd better control your ahem...ahem or else I'm going to suggest to Mamason to sunat your ahem ahem, OK? purrr....meow!

    psst Mamason, garang tak bunyi tu?

    ReplyDelete
  6. Mok : ampun mamason,dont sunat my ahem..promise I wont do it again.Jgn dengar cakap cat in sydney ,mamason.Dia mmg jeles.

    ReplyDelete