Saturday, October 23, 2010

pengembaraan si makcik blogger

Sementelahlah makcik kena tinggal hari ni,got to survive on my on.Selalunya at 12.30 or 1 pakli dah balik bawa makan .Hari ni dia tak ada kenalah makcik berusaha sendiri.Nak minta tolong mokjadeandell langsunglah.

So at 11.00 makcik pun mendakilah Kembara berdebu itu dan memulakan pengembaraan ke pekan Kangar.

Hey….what happe…kenapa eh dia punya gear macam tak ngam saja….makcik bagi signal dan slow down.Kalau kat keyel tu tentu kena bambu dengan driver lain.

Syriiiiiiiiiiiiiiik ….bunyi gear. Tak masuk gear rupanya.Ialah bila kereta tu 4 tangan yang guna,macam macam gaya lah yang memegangnya.

Pemanduan berhemah makcik teruskan dan ke laman letak kereta di Market lama.Adalah seorang yewel datang nak jual bahan pengilat kereta.Dengan hormatnya makcik menolak.Melihat anting anting ditelinga pun dah buat makcik risau.Teringat kat kes Banting.

Masuk dalam bank,makcik terus ke kaunter. Eh makcik ..nombor mana? .Nombor makcik tak ambil ya.Dan abang guard tolong ambikkan.

Tak ambik tak bolehkah? Mana ada customer lain.Makcik tanya buat bodoh.

Ohh…..regulation.Dan selesailah satu tugasan makcik.

Ke mana lepas ni. Bayar brokben .Atas kaunter makcik nampak terpampang RM 38.00 untuk 3 GB. Oleh kerana makcik tak bawa bill,terkejut baboon lah bila cashier minta 228.00.Ooooi mahainya. Tulah sebulan 68 untuk 1.5 GB. Bila speed brokben tu slow sedap saja tekan top up top up.Last last  asal 68.00 dah lompat jadi RM228.00.Kena buat plan of action ni.Tak boleh jadi ni.

Bila lepasbebas ni makcik atur langkah.Where’s next….ooop across the road adalah kedai roti.Satu Bumi ,satu chayanunalif.Hajat nak ke bawauminya tapi aduhai…..cermin pun tak dilap.You kedai makan…jagalah kebersihan.So makcik ke kedai yang satu lagi.Bukan tak nak tolong,tapi kena jagalah persembahan….kan ada law of attraction.Ni dah jadi law of repulsion.

Habis kat perut bandar ,makcik balik ke TSI.Nak beli nasi bungkus share dengan mokjadeandell.Tapi mata terpandang kedai baju disebelah.Mak cik tak lepas peluang.Ringankan beg tangan yang berat disandang dibahu.Tuanpunya kedai peramah dan makcik rasa baikhati dengan orang peramah. Jadi sehelai blaus dan satu set cadar dibeli.

Masuk pula kedai makan.

Nasi satu…gulai ikan keli  …and sambal.

La kakcik jual nasi ni dok kunyah apala pula sambil dok bungkus makanan.Dan melihat pada customer yang terdiri daripada orang Myammar,Vietnam kontrak dan tukang cat ,tukang simen dok kaut lauk ……tup tap rasa jantung.Dari mana lah depa ni.Awatlah tak tauke kedai tu buat macam kedai kat lebuhraya Plus.Kena tunjuk tunjuk .Pekedai yang saukkan lauk.Kan terjamin kebersihannya.

Makcik kalau banyak cakap….balik masak sendirilah!Taklah makcik kena jerit macam tu.Itu adalah jeritan batin makcik sendiri.

Lepas ni kemana ya.Hari masih muda…..Kedai baju sebelah kanan pula….Konon nak jamu mata.Dan bila keluar tangan makcik menjenjeng beg plastik berisi kaftan.Heheh

Baik cepat balik kalau macam ni.!

3 comments:

  1. Dell: Bahayalah Mamason ni bila dia mengembara sorang2...
    Jade: Yelah, especially purse dia tu, kenalah jaga kan?
    Mok: Alah...sesekali dia berbelanja...

    ReplyDelete
  2. amboiiii sakaannya shopping~hehehe.Aten call nak cakap dengan Mama,kaklin yang angkat..Tekejut aten ingat salah nombor.Love u Mum!

    ReplyDelete
  3. Cat,
    Pandai pula anakberanak ekor panjang ni concern tentang mamason ye.Sayang semua.

    Faten,
    kaklin cuti 3 hari.So before she flies ,she rides home.On a bus.

    ReplyDelete