Wednesday, January 5, 2022

akhir 2021.....satu kenangan.

 



Rancangan sudah lama dibuat. Duit dah beribu dilabur. Jadi bagaimana jadinya?

Anak anak posittif.

Mama, kita teruskan saja. Tgk ramalan cuaca ok di sana.

Maka antara harapan dan kegusaran kami teruskan perjalanan.

Langkawi , here we come.

Anak dari Pahang, KL dan Cyberjaya semua ada. Jarang kami boleh bersama. Ada saja .

Meritus Pelangi Beach Resort kami huni . Dua malam tiga hari . Puas hati dengan servis yg diberi.

Kilim Geopark kami jelajahi. Mau separuh nyawa rasa bila dilambung ombak dan drebar bawa bot berani mati.

Konklusinya...satu memori yang pasti terpahat dihati kami. Dalam gundah gulana banjir paling hebat , kami mensyukuri rahmat.

Pergi dan balik dalam selamat.

Semasa anak cemas tentang banjir  dirumahnya, nak balik tiada jalannya,hanya sabar dapat kami nasihat padanya.

Tak pernah rumahnya dinaikki air sebelum ni. 

All in all. By and by.....Memories are sweet. Cherish them.


Thursday, December 2, 2021

oh me...oh my

 Been weeks I sat at the table facing the window with the sawah view. Dont know why suddenly the malas in me took over. Malas nak tulis, malas nak fikir........

The last posting was some 14 days ago . Oh me oh my!

The sawah looks luscious green. Reminding me of my late mum pulut serimuka which is my delight. The taste, the smell .... mouth watering.



Nothing much happening at the home front. Nobody came home leaving me with cikli and cik monky . Cikli has his routine with his dialysis class as he calls it. 

Been following the world news lately. Risau wehhhh. 

All over Lthe channels, OMICRON,omicron,omicron...

CNN<BBC<CGTC ... u name it. They have it. Scary la.

All the children came back last month, when the border opened and interstate travel was allowed. Terasa benar tau..bila keadaan tidak membenarkan sesuka hati ke sana ke sini, sedikit kebebasan itu besar sangat ertinya. 

'Jom kita pi mana mana. ' Maka plan dibuat anak anak nak bersama sama selagi peluang dibuka.

'Mana tahu kan,entah esok depa tutup balik" Said one.

Benar ya... kebebasan yg diberi rasa sebentar sangat. Maka berbondong bondong orang berholiday sana sini. Stadium penuh ,orang berkenduri. 

Dan semalam, tonton KJ buat pengumuman, betul ramalan yg dibuat. Walau border dan restriction tidak dibuat , peringatan diberi KJ pun dah cukup merisaukan.

Warga emas, mereka yg berkomobid dinasihat tidak ke sana sini lebih2 lagi ditempat awam.

Oh me ...oh my. 

Are we going back to the square one.

Janganlah.




Monday, November 15, 2021

Cantik deconya,hebat chefnya



 Terkesima tgk deco. Terkesima juga bila tau di mana. Dan lebih terkesima bila tahu siapa tuan punya nya.

Deco vibrant dgn warna. Ala ala macam berada di kepulauan Hawaai kat USA sana.Aloha.

oenuh bunga

cantik deconya

Ada gambar tuan empunya


Letaknya di KL east mall. Dulu masa ziarah PV nampak masih dalam pembinaan. Dok kata dlm hati...amboi,tentu besaq n hebat mall ni nanti.

Anak pun terlibat sama dlm pembinaannya. 

Siapa ownernya  restoran yg dikata. Chef terkemuka seantero dunia. Chef Wanlah siapa lagi.

Harga mkn? A bit pricey. Tapi kata pun tempatnya high end layak tempat org vip. Yg marhaen nak cuba try kenalah berhati hati. 

Nak cuba tak salah. Tapi bila bayar bill jgn viral pula nanti. Macam mkn siakap kat Langkawi. 

Tempat cantik,chef tersohor,kalau pricey dapat difahami. 

Anyway, 

Teringin juga nak cuba ,selalu tgk chef wan dlm tv,teringin juga nak rasa sekali.Mkn masakan chef pujaan hati.

enak nampak


ada papadom

sedap nampak

Semoga Chef Wan maju jaya dalam perniagaanya.
Seronok tengok orang kita berjaya.

Seronok tengok Chef Wan layan ibunya.