Tuesday, September 8, 2020

One,two,three,four....

😊 Lega rasanya bila mendapat khabar. Dia lepas sekatan grade gajinya. Syukur.Alhamdulillah.Berkerja dikalangan mereka yang berlainan bangsa, aku agak kurang peluang dia. Namun ,dia mendapat Anugerah Cemerlang dan melepasi gradenya. 
😊Lega hati bila rumah yang dibelinya 2,3 tahun lepas sudah siap dan boleh diduduki tak lama lagi. Cekal dia mengurus itu ini sendiri. 
😊Lega bila melihat dia ceria selepas setahun berumah tangga. Tahun pertama memang banyak pancarobanya. Suai kenal baru bermula... haha.Biasalah kan..
😊Dan lega hati mummy bila dia sempat kembali ke tanah air sebelum keadaan di sana bertambah haru biru. Membaca tentang covid di India , sekatan perjalanan dan pergolakan agama disana ,aduh peritnya.Mujur semua itu dah sampai penyudahnya buat dia.

One, two ,three,four.... dia mengira leganya dia. 😊😊😊😊

Bersyukur dia.
Dia2 yang dimaksudkan adalah anak anaknya.
Kegembiraan mereka adalah kegembiraan dia. Sedih mereka sedihlah dia. Susah mereka susahlah dia.
Itu rasa hati seorang ibu. 
Dalam doanya sentiasa ada mereka. 

Have you counted your children folks. Where are they? Whats up with them?
Semoga anak anak anda juga dalam rahmat Allah. 

Pesanan dari ibu tua ini... marah bagai nak rak pun,tolong jangan sumpah anak2. Jangan sesekali buang mereka. Seram aku bila ada ibu, marah sikit dengan anak2 terus tak mengaku anak. Terus cap anak derhaka.  

Ingatan si ibu menjangkau masa silam. Susah payah semalam. Melangkau masa membesarkan, mendidik mereka berempat. Nothing easy peasy. 

Rindu pun menjenguk rasa.Entah bila dapat bertandang ke sana. Berjumpa mereka. Ada ada saja halangannya. 

Bye.. Love from utagha.


Monday, September 7, 2020

Lemak berkrim...

 


Sedaaap tak ?

Hrmmmm... no. 

Satu hari si kecik ni terpandang sekotak minuman yang ada buah kelapa dikotaknya. Dia ingat tentu sedap macam buah kelapa dipokok moyangnya. 

Mama,pleaseeee. He said to his mum.

Lagi tak bagi lagilah dok mama please. 


Teringat kisah orang nak tambah cawangan. Lagi tak dapat lagi tu lah dok please please kat bini kan.

Sekali dapat.. baru tau senang susahnya .Poligami bukan macam santan kelapa lemak berkrim. Nampak sedap tapi tawaq hebiaq.

So in life jangan nampak benda tu sedap lemak berkrim tentu sedap hingga menjilat jari. Actually tawaq hebiaq adalah.Jenuh cari jalan utk memaniskan kehidupan. Ramai yang tersungkur tersembam. 

Juga jangan termakan, terpengaruh dengan kata kata lemak manis berkrim. Adakala kita boleh terpedaya hingga tinggal sp**der... 

Wonder macamana ada orang kena scam beratus ribu ringgit. Yang kena bukan makcik kampung tak kenal abc saja,tapi orang berpelajaran juga. Agaknya scammer tu kata katanya lemak berkrim kot. Merdu suaranya , manis mulutnya hingga orang terpedaya. Last last duit sejuta tingga seringgit dua. 


Thats all folks.. bye. 

My thoughts for today.



Sunday, September 6, 2020

I love talk shows.....

 Been in love with talk shows now and  before. Be it in BM or BI.Some locally produced or on international tv. 

Naura, Currhat, Tanyalah Usatz, ,Forum Perdana and that tanya Doctor Show. 

The Fallon Show ...lupa pula full title dia.

Dulu2 Bernett apa tah. Oprah etc etc.

Well,sometimes cikli would frown for he is forever into movies.  

Semalam tengok Neelofa punya talk show yang ada Chef Wan.

Antara Chef Wan and Neelofa, tenggelam Neelofa dengan chatter chef terkenal tu.

Rasanya ada yang kata menyampah nak tengok orang dok pot pet ,pot pet sepanjang program.

I like to defer. Be exceptional. 

I dont go for faces or popularity but what they have in their stories, their attitudes and what could   motivates others. Not make believes but true stories. Lawak sempang prenang is not my cup of tea too.

Berbalik pada Chef Wan....

Anak peneroka,susah kehidupan, di ketawa dan di gelar pon***, punya bapa yang serius punya strict. Berbirat betis kena tibai macam zebra crossing masa anak anak. Tapi dia tetap kehadapan dengan minat memasaknya. All that and he becomes one of the world best chef.

Tapi apa yang chef Wan buat sekarang buat cikson kagum lebih lagi.

Baktinya pada ibunya yang dementia, sakit2 . Melakukan semuanya untuk ibunya dengan penuh kasih sayang itu yang terbaik. Bertuah ibunya.

And one more thing... dia juga berbakti kepada arwah bekas isterinya.

Stay Married...sesalan dia yang dia tak lakukan . Bukan sangat utk dia tapi utk anak2. Pesan 60+ Chef Wan pada Chef Wan in his 30's.  This strikes something . In our 30's,40's getting out of marriage selalu sangat jadi maianan pasangan muda tanpa lihat kehadapan . Nak tukar pasangan walau anak bersusun pun masa ni lah. Kesannya akan ketara bila kita dah tua dan anak2 dah besar.Ramai yang kecewa. 

Cikson dah 40 tahun lebih stay in marriage with my cikli. Teringat kata2 kawan2.

Depa ni kalau tak nampak cikli,tak nampaklah cikson.

And in a conversation with an older patient in HSB, dia kata dia seronok tengok ciklicikson.Sebabnya cikson dok tunggu suami dari awal sampai habis treatment. 

Bagus hampa. 40 tahun ke hulu kehilir....

I laughed . 40 tahun lebih dah yong sana,yong sini. Berdua. Haha..

Nak boleh sampai 40 tahun lebih tu,banyak yang kena tune up and tune down...

Thats all folks. Enjoy your weekends. 






Saturday, September 5, 2020

Pengantin PKPP...along

 Harini sepatutnya ciksoncikli berkumpul dirumah adik. Nun di Kulim sana. Meraikan bersama2 keluarga nya utk majlis perkahwinan anaknya.

Namun,kita hanya boleh merancang..

Terbayang meriah nya majlis. Terbayang juga sanak saudara yang boleh bertemu.Just around this time last year,my house pun meriah dengan tetamu. I felt so happy seeing faces I have not long seen. 

All because of covid19. 

Kesian adik. My only brother.

Nampak gembira dia bila dia berkunjung ke rumah menghantar undangan.

Kak,abang jemputlah. Kami buat kecik kecik saja. 

And I was excited. Made plans to be there on the auspicious day.

Then came news about cluster Tawar. The vicinity of the wedding feast is just a few kilometres away. Until today, there are active cases.

My brother sent me a message... Kak,abang lebih baik tak datang. Kami buat bungkus bungkus saja. Takut  nak berkumpul. Lagi pun kak and abang high risk. 

Yes, there were instances of covid cases during crowds. Lagi lagilah kawasan merah. Tambah2 lagilah dah sedia ada sakit sakit.

Di kejauhan ini, pada hari ni, makngah nak ucapkan Selamat Pengantin Baru ,along. Semoga jodoh berkekalan sampai akhir hayat. 

Along, anak yang baik. Tersentuh aku mendengar ceritanya. You would be a good and responsible  hubby. Take good care of your wife. Susah senang bersama. Hingga akhir nyawa.

Very Happy to receive pictures of their akad . 









Selamat menyambut menantu Piah and E.

To E and Piah, be good mertuas as tt had been. 

Thats all folks. Bye.

Selamat Pengantin Baru Along and wifey.