Tuesday, September 8, 2020

One,two,three,four....

😊 Lega rasanya bila mendapat khabar. Dia lepas sekatan grade gajinya. Syukur.Alhamdulillah.Berkerja dikalangan mereka yang berlainan bangsa, aku agak kurang peluang dia. Namun ,dia mendapat Anugerah Cemerlang dan melepasi gradenya. 
😊Lega hati bila rumah yang dibelinya 2,3 tahun lepas sudah siap dan boleh diduduki tak lama lagi. Cekal dia mengurus itu ini sendiri. 
😊Lega bila melihat dia ceria selepas setahun berumah tangga. Tahun pertama memang banyak pancarobanya. Suai kenal baru bermula... haha.Biasalah kan..
😊Dan lega hati mummy bila dia sempat kembali ke tanah air sebelum keadaan di sana bertambah haru biru. Membaca tentang covid di India , sekatan perjalanan dan pergolakan agama disana ,aduh peritnya.Mujur semua itu dah sampai penyudahnya buat dia.

One, two ,three,four.... dia mengira leganya dia. 😊😊😊😊

Bersyukur dia.
Dia2 yang dimaksudkan adalah anak anaknya.
Kegembiraan mereka adalah kegembiraan dia. Sedih mereka sedihlah dia. Susah mereka susahlah dia.
Itu rasa hati seorang ibu. 
Dalam doanya sentiasa ada mereka. 

Have you counted your children folks. Where are they? Whats up with them?
Semoga anak anak anda juga dalam rahmat Allah. 

Pesanan dari ibu tua ini... marah bagai nak rak pun,tolong jangan sumpah anak2. Jangan sesekali buang mereka. Seram aku bila ada ibu, marah sikit dengan anak2 terus tak mengaku anak. Terus cap anak derhaka.  

Ingatan si ibu menjangkau masa silam. Susah payah semalam. Melangkau masa membesarkan, mendidik mereka berempat. Nothing easy peasy. 

Rindu pun menjenguk rasa.Entah bila dapat bertandang ke sana. Berjumpa mereka. Ada ada saja halangannya. 

Bye.. Love from utagha.


No comments:

Post a Comment