Saturday, July 11, 2020

Cerita seraaam.


Jadi kebiasaan cikson,segala hasil perut ikan di rebus dan kemudian beri makan pada unggas yang datang melawat laman belakang rumah.
Di sini tiada khidmat majlis bandaran, tapi ada khidmat majlis haiwan utk lupus lebihan makanan.
So satu tgh hari sedang dalam proses masak makan tengah hari ,terjadi cerita ini.

Tangan membuka pintu belakang dan mahu meletakkan sisa makanan di atas lantai . Tiba2 mata terpandang sesuatu!
Astaqfirullah, semeter dari ku seekor binatang panjang yang ku takuti sedang berada didalam longkang dihadapan ku.
Ehhh...kalaulah aku tak terpandang padanya dan menghulurkan tanganku dari pintu..masyaallah tak tau apa terjadi.
Cepat2 aku tutup pintu sambil menarik nafas yang panjang.
Sipi2 sangat tu.
Aku tergamam. Tak sempat menjerit pun.
Lepas dah dapat balik nafas aku beritahu cikli dan anak apa yang terjadi.
Cikli cuba meninjau kalau2 binatang itu masih di situ.... tapi tiada.
Dia pun terkejut sama kot.
Tu yang cepat saja dimenjalar entah pi mana.

Lepas tu bila cikli pergi pekan dia beli belerang seplastik. Nampak dia menabur belerang itu keliling rumah.
Macamana tak ada haiwan2 tu, sebelah pagar RBL dah jadi hutan belantara berpaya. Sebuah rumah diantara rumah2 itu macam tak ada penghuni saja. Siap dengan semak samun menutupi tingkap dan dinding rumah. Tapi malam2 ada saja sinaran lampu samar2 menerangi dari celah semak semak tu.
Seram tau bila malam2 nampak rumah ini... macam CI investigation pun ada. Siri cari hantu tuuu.

Thats all folks. Happy weekend semua.



Friday, July 10, 2020

Laki ke bini?.... anak kot!


Membasuh pinggan,mangkuk dan cawan, mata ralit pandang ke laman.
Sebatang pohon ketela menarik perhatian.
Di atas pelepah daunnya, bertenggek se pasang burung yang ku tak tahu apa jenisnya.
Tak besar, tak kecil, sedang sedang saja.
Tak cantik macam burung kuning yang sekali sekala menjelma
Tapi gelagat mereka menarik pula..

Terlihat kelibat se ekor antara mereka terbang meninggalkan pasangan.
Kemudian tak lama pula dia datang
Di paruhnya ada makanan.
Ingat dia nak makan sendiri. Tapi disuapnya pada yang seekor lagi. Lahap nampaknya pasangannya menelan makanan itu dan menunggu lagi. Begitulah berlaku lagi dan lagi dan lagi.

Telah kenyang dia terbang meninggalkan pelepah daun . Pasangan yang kembali bertenggek dengan makanan nampak bingung. Sayu suara dia memanggil manggil...

Tengok ni ada sandiwara
Aku memanggil anak dan menyuruh dia merakamkan drama pagi ini.
Malangnya si burung yang ditinggalkan terbang meninggalkan kami.
The end buat sebuah drama yang menarik hati.

Baik laki dia dok pi cari makan kat bini dia kan.
Tiba2 aku ketawa.
Yakinkah yang bagi makan tu laki dia. Entah2 bini yang suap si laki....hihihi

Tiba2 cikli mencelah.... dak aih..tu mak pi cari makan kat anak dia
Yang ini aku sanggah... eh dah besaq panjang tak kan anak kot.

Haha...pokok betik cikli. Macam2 burung suka hinggap kat sini. Tapi sepasang burung dua sejoli tu menawan hati. Macam dalam filem p.ramleeee..

Pokok betik tokli
Tumbuh dalam laman
Apa masak harini kawan kawan?

Bye...Salam Jumaat.


                                      Tak ada pula burung2 bertenggek pagi ini

Thursday, July 9, 2020

Hujan malam

  Semalaman hujan turun. Hingga pagi masih turun. Turunnya sekejap lebat sekejap tidak. 
Bila hujan turun begini, risau pun menapak. Maunya banjir, jenuh kami. Warga emas yang kurang upaya tanpa tenaga muda tentu susah nak harung semua ini. Kenangan di no.7 Jalan Kaki Bukit mengetuk memori. Kalutnya kami pada tahun 2010 itu masih simpan sebagai kenangan abadi.

  Menonton berita luar negara,Jepun dilanda banjir besar sekarang ni. As of yesterday .khabarnya lebih 60 maut .Kesian mereka. 
 USA pula masih terkial kial dalam perjuangan menentang covid 19. Masih menggila virus itu di sana. Demo BLM masih ada, ditengah2 wabak yang melanda. Pantai masih dikerumuni manusia,juga pub dan kasinonya...so mana tak merebak virus itu di sana.

  Semalam juga lalu di timeline tentang kerenah Al Jazeera. Marah rakyat Msia kerana dokumentari yg entah apa apa. Juga kisah juruhebah Bernama Harleena Pahlavi yang jadi tumpuan berita. By the way, I know and have met her a number of times kat rumah SIL . Dia kawan karib anak menakan cikli. Bubbly orangnya dan ramah tamah.Cantik dia.

  Semalam juga cikson did something stoooopid. Dah tahu akibatnya sapa suruh pi makan.
Ceritanya...
Makan malam semalam cikson masak mee maggi. Sekali sekala makan maggi ok lah kan. Tu pun ration yang dapat masa PKP dulu. Perasa tomyam. Sebagai rencahnya adalah sikit daging dan sotong. Dan sayurnya sedikit kobis. 
 Wahhh... makanlah kami dengan sukacitanya. Dan ditengah malam cikson terbangun dengan dukacita.
Gatalnya habis lengan dan badan dah tak boleh cerita. Tergaru2 makcik tengah2 malam buta.Aduhai....
Gitulah bila pantang larang dibuat alpa. Badan sendiri yang merana.

  Hujan masih turun kini. RBL sunyi sepi kecuali deruman kenderaan dijalan. Tiada unggas kelihatan. Cikli pula dah keluar pekan cari lauk utk tengah hari. Pesan padanya beli sayur lebih sikit ya hari ni.
Inilah akibatnya bila peti ais dah kehabisan isi...

  Bye. Stay safe folks. Love from makcik diutara.



Wednesday, July 8, 2020

Bila sudah terlalu letih...merajuklah.


Bila aku menyendiri, itu bukan kerana aku benci
Tetapi kerana letih menguasai diri
Melihat ,mendengar,membaca cerita cerita yang menguris hati
Atau mereka yang suka ambil kesempatan dari sikapku yang tak betah memutar balik kenyataan...
Ya,,,sifat aku pendiam
Tapi aku bukan pendendam
Lalu bila aku sudah gariskan sempadan
Aku jadi batu jalan....lanyaklah,aku akan diam
Tapi kamu sudah tidak ada dalam kamus kehidupan
Kamu sudah mati sebelum dikafankan....

Membaca bait bait diatas terkesan aku
Seakan penceritanya dekat disebelahku
Dan akan ku khabarkan padanya...tidak mengapa menyendiri. Tapi janganlah sampai tak kenal hari. Tak kenal diri atau ibubapa yang menyayangi.
Dan akan ku nyatakan...lebih baik menjauh diri dari bila bersua muka ada saja yang akan terjadi. Sakit hati , sakit jiwa lantaran mereka yang tidak menghormati.
Lantaran mereka yang senang lenang keluar kata2 tanpa fikir akibatnya nanti.

Do you know USA telah keluar dari WHO? Merajuk mereka kat badan dunia itu akibat rasa tidak puas hati. Akibat rasa dianak tiri walau mereka yang terbanyak menyumbang yuran tahunan. Akibat rasa WHO lebih kepada CCP,musuh mereka hari ini.
Elehhh...orang berkuasa pun ada masa nak merajuk. ..haha. Inikan pula kita makhluk yang tak ada apa2.
Merajuklah  bila sudah terlalu letih
Tapi rujuklah bila sudah dapat cari jati diri.Sudah dapat kekuatan dan kebijaksanaan mematah kata kata mereka yang buat kau merajuk.


Ni haa sorang budak yang suka merajuk.....
cucu tgh merajuk....baru 2 tahun pandai rajuk sakan