Bila hujan turun begini, risau pun menapak. Maunya banjir, jenuh kami. Warga emas yang kurang upaya tanpa tenaga muda tentu susah nak harung semua ini. Kenangan di no.7 Jalan Kaki Bukit mengetuk memori. Kalutnya kami pada tahun 2010 itu masih simpan sebagai kenangan abadi.
Menonton berita luar negara,Jepun dilanda banjir besar sekarang ni. As of yesterday .khabarnya lebih 60 maut .Kesian mereka.
USA pula masih terkial kial dalam perjuangan menentang covid 19. Masih menggila virus itu di sana. Demo BLM masih ada, ditengah2 wabak yang melanda. Pantai masih dikerumuni manusia,juga pub dan kasinonya...so mana tak merebak virus itu di sana.
Semalam juga lalu di timeline tentang kerenah Al Jazeera. Marah rakyat Msia kerana dokumentari yg entah apa apa. Juga kisah juruhebah Bernama Harleena Pahlavi yang jadi tumpuan berita. By the way, I know and have met her a number of times kat rumah SIL . Dia kawan karib anak menakan cikli. Bubbly orangnya dan ramah tamah.Cantik dia.
Semalam juga cikson did something stoooopid. Dah tahu akibatnya sapa suruh pi makan.
Ceritanya...
Makan malam semalam cikson masak mee maggi. Sekali sekala makan maggi ok lah kan. Tu pun ration yang dapat masa PKP dulu. Perasa tomyam. Sebagai rencahnya adalah sikit daging dan sotong. Dan sayurnya sedikit kobis.
Wahhh... makanlah kami dengan sukacitanya. Dan ditengah malam cikson terbangun dengan dukacita.
Gatalnya habis lengan dan badan dah tak boleh cerita. Tergaru2 makcik tengah2 malam buta.Aduhai....
Gitulah bila pantang larang dibuat alpa. Badan sendiri yang merana.
Hujan masih turun kini. RBL sunyi sepi kecuali deruman kenderaan dijalan. Tiada unggas kelihatan. Cikli pula dah keluar pekan cari lauk utk tengah hari. Pesan padanya beli sayur lebih sikit ya hari ni.
Inilah akibatnya bila peti ais dah kehabisan isi...
Bye. Stay safe folks. Love from makcik diutara.
Kat sini pun sepagian ini hujan sahaja
ReplyDeleteJangan banjir sudahh....
DeleteHarini pun pagi pagi hujan dah turun jengok kami. Tak dan nak jemur basuhan.
mutakhir ini saya suka makan brand Cef perisa laksa kari. tapi tak add sayur sebab keras.
ReplyDeleteTak perasan pula ada brand Cef. Nanti bolehlah cuba esp laksa kari. Sebenarnya jarang beli instant mee. Sekali sekala adalah.
Deletestay safe..rain is pouring all day since wednesday if im not mistaken. tak lebat tapi boleh basahlah kalau dok lama
ReplyDeleteStay safe for you too SA.
Delete