Wednesday, March 4, 2020

a prayer...


Void
Vacuum
Emptiness

Fear
Worry
Sad

Those may be what rightly described what most of us are feeling.  Right now.
Maybe it was just me who was paranoid.

Waking up everyday was an accomplishment. Thank you Allah for giving another day .
But soon,when the laptop was on and I served the net,it evaporated . There's a void or vacuum coming over me. I felt the emptiness right within.

Fear then gripped my heart. Who doesnt?
Watching clips of people succumbing to this deadly virus was enough to tell me, that we are all very vulnerable. I used to see clips of  that happening in China. And to know now its happening in Iran , Korea on a large scale is shocking.

May Allah spare us this  . May my beautiful Malaysia remain beautiful in the midst of all this pandemonium.
Hopeful is not only a word. Its the prayer of all sound minded Malaysians.

The end.

Yesterday I saw a beautiful scene. Through my kitchen window,I spied a pair of birds. Lovely couple they were. Perched on top of the wire fence,I saw one of them leaving his pair. A few moments later ,he returned with something in his beaks. His partner was seen pecking at what I assumed as food. Twice I saw the same ritual. When I returned with my phone to record them,they had flown away.

Yesterday too, my daughter sent me a picture. There's a present for me. So unsangkarable! Tak sabaq nak dapatkan nya. Thanks so much alin kawan olin. LOVE you so much.
And aten too for the kaftan...
My prayer goes to all the beautiful people .


Monday, March 2, 2020

Kirik kanan,kirik kanan...apa ni?


Kirik kanan,kirik kanan.....apa ni?
Antara ribut seminggu ini, seorang yang diwawancara di astro Awani channel 501 pada satu hari menarik dan menggelikan hati ku.
Kirik kanan,kirik kanan ,apa ni di tuturkan dengan penuh emosi. Boleh diangkat jadi meme selayaknya.

Harap tu dah selesailah kisah kirik kanan,kirik kanan,u turn and roundabout.

Maka dapatlah warga marhaen or man on the streets kembali ke alam kehidupan yang normal. Tanpa rasa pening memikirkan apa akan jadi. 
Seminggu kita disajikan dengan plot cerita layak dapat anugerah tersohor Oskar dengan plot twist yang merencatkan nafas kita.

Diharap tumpuan mereka yang memegang kuasa terarah kepada perkara perkara yang lebih jitu. Bukan lagi siapa pegang portfolio ini itu. 

COVID19 tuuuu.
Semalam 4 positif dah jumlah positif sudah 29. Dan dari apa yang ku baca situasi diseluruh dunia telah diletakkan dalam high alert oleh WHO. USA,Iran,Russia,Timur Tengah,Afrika...sebut saja mana tiada. 
Maka kita pun jangan leka. Buat tak apa saja. Ingat kita safe sentiasa. 
Dengarlah apa kata mereka diKKM ya...Rindu pula dekat Dr. Zul dan entouragenya.Ehh..siapa yang ganti dia ya?

Life has to go on. Tapi bersedialah hadap cabaran cabaran yang bukan kita yang buat namun kita juga terlibat. Macam tu lah resam dunia nooo.


Dah 2 bulan meter api diberitahu pembaca meter rosak. Hingga hari ini belum nampak ssiapa datang membetulkan atau menggantikan. Mau melambung bil kalau ditunggu tunggu. Maka sehari dua ni cikson kena ke pejabat mereka yang gah dipusingan roundabout. 


Bercerita ttg roundabout..gelihati juga. Teringat satu seperistiwa. Punya lah dok kirik kanan,kirik ka kanan,pukul 12 ke pukul 3 ...terlepas jauh sesatnya. 

Masuk keluar jalan last last jumpa lagi roundabout tu.
Haha... kenangan masa lalu masa sibuk anak berlajar di Shah Alam.

Kirik kanan,kirik kanan,last last tang tu juga.....haha.


Bye...


Saturday, February 29, 2020

Ntahlaaa labuuu.

Saya tahu asal saya. Dan itu sesuatu yang tidak pernah saya lupa...Bernie.
Bernie? WHO is Bernie?
Kalau anda mengikuti CNN, American in politics.anda kenal dia. Ucapannya.
"Bila saya menulis tentang susah payah hidup saya,bukan utk memalukan keluarga saya. Tetapi utk memberi pengajaran?kepada mereka yang susah tidak semestinya sentiasa susah. Sejarah hidup kita mungkin jadi pedoman berguna utk anak cucu kita. Atau kepada anak didik kita,orang yang kita diamanahkan memimpin."
Satu hari bila anak didik tak menunjukkan kesungguhan belajar, saya cerita susah payah hidup saya.Dia kena menolong ayahnya berniaga malam hari. Saya juga begitu. Tapi saya buat homework dan ulangkaji pelajaran dijalanan.Bawah sinar lampu jalan.Waktu senggang,saya baca novel novel yg dipinjam.Kalau disusuri library sekolah, nama saya mesti peminjam buku terbanyak masa itu.In English lagi...
Apa kan nak malu kisah hidup yg susah. Am proud of it.As Bernie was proud of his.
Tapi kebanyakan kita, sejarah hdup susah bagai kudis dikepala. Malu nak mengaku. Jadi bungkuskan dia dgn tudung bawal berharga....
Life is not about where you were born and raised. Its about what you have become.
Not necessarily rich and famous.But an ordinary,law abiding citizen .Is more than an achievement.
Once a teacher always a teacher.
Hidup ini satu perjalanan. Bertuah kita kalau jalan yang dilalui ditar dengan sempurna, tiada potholes, tiada pemandu mabuk. Lebih bertuah kalau jalan di bentang permaidani merah. Bunga manggar menanti dihujung jalan.
Bagi saya perjalanan hidup kalau boleh memberi rangsangan dan contoh yang baik, tidak perlu malu utk diperkatakan. Lainlah kalau rahsia yg mencemar tujuh keturunan. Usahlah kita sendiri membuka pekungnya. Kan itu kerja bodoh..
Perenggan2 diatas ditulis lama dah. Ntah kenapa diperam.
Back to today.... As the nation was gripped with whats happening ......I pressed the publish button.
Dalam gusar mengikuti perkembangan Covid 19 ,aku ,seperti kebanyakan rakyat Msia menjadi gusar dengan perkembangan politik flip flop terkini. Aduhai....
Ntahlaaaa labuuu...tunggu dan lihat sajalah buat masa ini.

*Ntahlah labuuu... kenapa blogger jadi tak ketahuan begini....lain yg kita draft,lain pula dipublishnya.Space di draft nampak ok.bila dipublish..nah berlongkang longkang.
Dah kena sawan ke?
Tak taulah... semua tak menjadi..

Monday, February 24, 2020

Malam yang pening


Semalam terasa malam yang panjang. Juga pening.
Melalui tv, aku dapat tahu akan sesuatu yang besar bakal berlaku.
Astro Awani...itu yang ku tontoni.
Rasanya sejak petang sudah ada berita tentang ini.

Gomen baru?
Eh ... kita kan dah ada gomen baru?
Apa lagi yang nak barunya? Detik kotak hati .

Maka mendapatlah aku bila siaran 501 ku buka.
Gemparnya depa... mesyuarat utk menentukan siapa yang berkuasa.
Is it Harapan atau Nasional.
Hingga dinihari aku tiada kepastian kerana tiada pengumuman rasmi.

Well... rakyat Msia sudah tentu rasa seperti yang ku rasa semalam. Ketidaktentuan. Whats next?
Gusar tentang Covid 19 belum reda, ini pula yang melanda.

Apa apa pun sebagai rakyat marhaen yang lanjut usia,yang sudah berapa dekad melalui zaman zaman ups n downs being Msian, yang ku dambakan adalah kesejahteraan. Jauhi kami dari kemelut yang binasa. Bukan utk kami yang dah tak panjang usia,tetapi utk generasi kita tentunya.

Semoga tanah airku Malaysia terpelihara. Dari penyakit yang menggegar dunia dan juga percaturan politik gila. Itu saja...

Rupanya malam semalam berlanjutan hingga pagi. Bila aku buka siaran TV...astro Awani.