Monday, February 24, 2020

Malam yang pening


Semalam terasa malam yang panjang. Juga pening.
Melalui tv, aku dapat tahu akan sesuatu yang besar bakal berlaku.
Astro Awani...itu yang ku tontoni.
Rasanya sejak petang sudah ada berita tentang ini.

Gomen baru?
Eh ... kita kan dah ada gomen baru?
Apa lagi yang nak barunya? Detik kotak hati .

Maka mendapatlah aku bila siaran 501 ku buka.
Gemparnya depa... mesyuarat utk menentukan siapa yang berkuasa.
Is it Harapan atau Nasional.
Hingga dinihari aku tiada kepastian kerana tiada pengumuman rasmi.

Well... rakyat Msia sudah tentu rasa seperti yang ku rasa semalam. Ketidaktentuan. Whats next?
Gusar tentang Covid 19 belum reda, ini pula yang melanda.

Apa apa pun sebagai rakyat marhaen yang lanjut usia,yang sudah berapa dekad melalui zaman zaman ups n downs being Msian, yang ku dambakan adalah kesejahteraan. Jauhi kami dari kemelut yang binasa. Bukan utk kami yang dah tak panjang usia,tetapi utk generasi kita tentunya.

Semoga tanah airku Malaysia terpelihara. Dari penyakit yang menggegar dunia dan juga percaturan politik gila. Itu saja...

Rupanya malam semalam berlanjutan hingga pagi. Bila aku buka siaran TV...astro Awani.

1 comment:

  1. Tkasih ya. Sorry tak join pula hari tu. Lain kali,Insha Allah.

    ReplyDelete