Tuesday, June 11, 2019

Semoga segar di ingatan...Raya of 2019

Eid Mubarak anak2, adik2 dan kawan2.
Dah seminggu kita dalam bulan Syawal baru berksempatan mengetuk laptop ini.
Busy beeee betoi.
Dengan tenaga yang tinggal beberapa persen,banyak kerja pre syawal,syawal dan psot syawal nak dibereskan, hari ni baru dapat menghela nafas lega. Semua selamat berjlan dilandasan yang diinginkan. Syukur Alhamdulillah.
Tapi ...ingatan buat anak diperantauan marred my mood in between .

Pre Syawal...
Cikten n family returned home earlier . Had a smashing time with the boys amids the Ramadan and Syawal preparation. Sumpah.. tak kering gusi nenek tersenyum melihat gelagat dua beradik . Penghibur semula jadi kedua duanya. The elder with his endless chatters and imaginations and the younger with his innocent look on his face. Tapi akalnya banyaaak tau.
Prepared rendang daging resepi buku masak antik cikson....bolehlah tahan .
Cikten masak ayam .

Syawal the 1st.
A detour from the normal . Ist Syawal was spent at RBL. Ciklin masak lontong seperiuk . Had guests from cikli's clan over for the treat. Hope ciklin pen down her recipe for the lontong as it was highly acclaimed by those who came. Siap minta resepi .
Ketupat palas with rendang daging and rendang ayam . Kuih raya semua beli dari Pahang.

Posing2 raya pertama...

Tokma toksaad big family...minus the absentees.
Ada pertambahan dan ada kekurangan.....

the boyz dengan posing mereka..

with auntie eena and bolin

di bawah pohon bambooooo

di depan pintu gate...ahahh

det raya jgn looopa


Second Syawal.
Attended kenduri aqiqah cucu saudara cikli. The preemie baby is now a bubbling little girl. Senyum selalu macam ibu ayahnya.
Cikten and family bade us goodbye heading for KL. Sedih berpisah dgn cucu2 yang hampir 10 hari bersama.


Gambar 2 dihari kedua eid
ainul and her cousin...cutie mutie mereka berdua.


Ahim and his new found abang

ada ada saja akalnya..

Dah nak balik KL...

sempat ke rumah mertua anak saudara.... makan laksa..

teruja cikli dgn pohon rambutan yg tengah berputik..



my three pillars of strength 



Third Syawal.
My sis n family from Bukit Mahkota in KL came over. So too were my bro from KK...Kuala Ketil,Kulim. Lepas habis fikir apa nak jamu, maka termasaklah gulai kepala ikan nyok nyok seperiuk.Puas hati nampak mereka berselera mkn masakan tangan kakak .

my sis from far...
Thanks awful lot for coming.
Laaa...tak sempat bergambar pula dgn adik dari KKK....Kuala Ketil Kulim. Thank you E n family.


Today is the 7th day of eid. All the girls are back at the their work places.
So very thankful for them who made the eid meaningful.
Grateful too for those who came over our tiny abode.
Mohon maaf ye,kalau /mama/makngah/maklong /kakak tersalah silap budi bahasa. Ada kekurangan dalam melayan tetamu yang sudi menjenguk kami.

Tahun  hadapan entah2......lain cerita nanti.

Saturday, June 1, 2019

gelagat cucu2


Raya tahun ni ,seorang dari 4 anak disayangi tidak dapat beraya dengan kami.
Rindu tau...dekat dia yang merantau ke sebuah benua jauh dari sini.
Nak pergi ,harga tiket mahal dan visa pun bukan main depa charge setiap kali pergi.
Tambah2 dengan kesihatan yang tidak mengizinkan buat kami sekarang ini.
Pembedaham mata cikli hanya beberapa hari lagi..

Namun... syukur Alhamdulillah ,dua beradik hadir buat pengganti.
Tahun ini giliran mereka beraya disebelah sini.
Tok dan wan girang tidak terperi
Setiap hari penuh ketawa hiihi..
Tengok gelagat dua beradik yang sedang membesar kini.

Adik baru jalan jalan jatuh. Maka semua orang dia minta untuk pimpin dia berjalan.Jenuh lenguh berkawat seluruh rumah.
Semua benda dia panggil sama. Semua Arkk...aark..itulah sebutan kegemaran dia.

Si abang...fuh...penuh imaginasi
Ternganga tok dengar dia punya vocabulary
Tak sangka umur 3 tahun dah pandai guna istilah istilah yg tinggi.



Add caption


Add caption

Add caption



Thursday, May 30, 2019

Raya ni....asal ada


Masih terbayang zaman zaman masa tulang masih kuat, mata masih terang, umur masih muda.
Tenaga melakukan entah berapa horse power.
Sebut saja, semua boleh disedia.
Jahit curtain walau sehari dua nak raya...np problemo.
Buat kuih ,kek dan biskut...on kan oven, jadilah ia.
Baju anak anak2.... 2,3 pasang utk mereka sampai Alor Setar pergi berbelanja.
Cat rumah.... itu kerja cikli memberesi semua.

Tahun berganti,zaman berubah.
Dulu sihat gagah
Sekarang semua dah tak larat dah

Maka..persiapan raya pun dah tak meriah.
Asal ada, boleh pakai...itu jadi lumrah.
Nak melaram.... pitih pun tak berapa nak mewah.

This year cikson buat keputusan utk pegang prinsip asal ada.
Tak mau bermewah2 lebih lebih lagi dalam zaman semua barang dah tak murah dah. Lebih2 lagi ada banyak urusan dok nganga minta belanja. Kadang2 terfikir juga....susah no jadi manusia yang kena fikir, jaga banyak perkara.

Asal ada cikson tahun ni punya raya..
Baju raya... baju kenduri yg hanya sekali dipakai dulu. Nak cari tudung baru sja.
Kuih raya... biar yg muda2 membereskannya.
Persiapan rumah... hmmm tak ada.Hanya nak betulkan halaman rumah yg tak bermaya.
Juadah raya...lontong raya pertama
Kalau ada saudara mara datang beraya dari jauh baru kita fikir apa nak jamu mereka....
Baju anak2... depa dah besaq dan berkerja...safe satu hal dalam kepala.

Tapi.... tahun ini meriah rumah cikson sejak Ahad dulu lagi.
Anak,menantu dan dua cucu beraya dengan kami.
Tak kering gusi dengan telatah dua cucu yg tgh membesar ni
Satu kuat celoteh dan satu tgh belajar berjalan dan semua sudut rumah nak dieksplorasi
Kelakar rupanya cucu2 berdua lelaki kami
Ada saja keletah buat kami ketawa....hahaha.hihihi.

Thats all folks my rambling for today after a few days of being an absentee. Dari suara hati seorang suri rumah sepenuh masa kini.

Bye...Love all.


Tuesday, May 21, 2019

raya ni...sederhana sudahlahh.

Terang matahari memancarkan cahayanya pagi ini.
Namun nun diufuk sana,awan kumulus berat sedang berkumpul mengintai alam. Petang nanti mungkin menjenguk kita.
2 ekor rama2 riang nampaknya berterbangan. Jarang benar kelibat mereka muncul dihalaman. 
Mengekek2 bunyi ayam jantan mengiringi ayam betina mencari sarang . Bertepek2 taik gugur ke bumi yakni lantai porch RBL kami.
Itu senario pagi ini...

Tadi aku terbaca tentang sengketa adik beradik.Rumah dirobohkan si abang kerana terbina dalam kawasan tanah yang diwarisinya. Kerana harta abang dan adik bersengketa hingga ke tahap meroboh rumah yang telah siap dibina dan hari raya hampir tiba. Rakusnya manusia. Tiada lagi berbudi bicara walau bersaudara.
Sini pun tiada sunyi dari cerita. Sebagai orang luar, usah terlibat sama. Biar mereka menyelesaikannya sesama mereka. Period.

Banyak kematian berlaku dibulan mulia ini. Ada kematian dicemburui dan ada yang jadi pengajaran buat kita tauladani. Bertuah mereka yang dijemput pergi dalam keadaan yang dimuliakan.Namun kesedihan buat keluarga kalau kemtaian jadi bualan, fokus kutukan ...aduhai.

Semalam, entah bagaimana perbualan antara aku dan suami berberkaitan persediaan raya. Hingga saat ini, aku tidak punya plan utk apa2. Sekadar ada . Yang termampu saja.Nun hujung bulan ini,dah menanti yuran hospital utk pembedahan cikli..
Dulu dulu...sibuk kita uruskan persalinan raya buat anak2 dan kita. Selalunya ke Alor Setar kita berbelanja.
Langsir kita usahakan juga menukar setahun sekali.
Kuih muih ada kita beli dan ada kita buat sendiri.
Rasa meriah dengan mereka berempat,suka duka kita harung sendiri.

Tahun ini .meriahnya sedikit kurang. Kesihatan yang mengekang . Duit yang ada perlu dibelanja dengan hemahnya.
Semoga kehadiran dua cucu mengubat ketidak hadiran sonny bonny di India nanti.

Pinjaman wang berlesen teriklan disana sini. Usahlah terjebak kalau tak mau susah nanti. Biar sederhana ,jangan besar berbelanja. Nanti tak pasai2 famos amos senataro Malaya dek kisah kita dikejar penarik kereta...haha.