Terang matahari memancarkan cahayanya pagi ini.
Namun nun diufuk sana,awan kumulus berat sedang berkumpul mengintai alam. Petang nanti mungkin menjenguk kita.
2 ekor rama2 riang nampaknya berterbangan. Jarang benar kelibat mereka muncul dihalaman.
Mengekek2 bunyi ayam jantan mengiringi ayam betina mencari sarang . Bertepek2 taik gugur ke bumi yakni lantai porch RBL kami.
Itu senario pagi ini...
Tadi aku terbaca tentang sengketa adik beradik.Rumah dirobohkan si abang kerana terbina dalam kawasan tanah yang diwarisinya. Kerana harta abang dan adik bersengketa hingga ke tahap meroboh rumah yang telah siap dibina dan hari raya hampir tiba. Rakusnya manusia. Tiada lagi berbudi bicara walau bersaudara.
Sini pun tiada sunyi dari cerita. Sebagai orang luar, usah terlibat sama. Biar mereka menyelesaikannya sesama mereka. Period.
Banyak kematian berlaku dibulan mulia ini. Ada kematian dicemburui dan ada yang jadi pengajaran buat kita tauladani. Bertuah mereka yang dijemput pergi dalam keadaan yang dimuliakan.Namun kesedihan buat keluarga kalau kemtaian jadi bualan, fokus kutukan ...aduhai.
Semalam, entah bagaimana perbualan antara aku dan suami berberkaitan persediaan raya. Hingga saat ini, aku tidak punya plan utk apa2. Sekadar ada . Yang termampu saja.Nun hujung bulan ini,dah menanti yuran hospital utk pembedahan cikli..
Dulu dulu...sibuk kita uruskan persalinan raya buat anak2 dan kita. Selalunya ke Alor Setar kita berbelanja.
Langsir kita usahakan juga menukar setahun sekali.
Kuih muih ada kita beli dan ada kita buat sendiri.
Rasa meriah dengan mereka berempat,suka duka kita harung sendiri.
Tahun ini .meriahnya sedikit kurang. Kesihatan yang mengekang . Duit yang ada perlu dibelanja dengan hemahnya.
Semoga kehadiran dua cucu mengubat ketidak hadiran sonny bonny di India nanti.
Pinjaman wang berlesen teriklan disana sini. Usahlah terjebak kalau tak mau susah nanti. Biar sederhana ,jangan besar berbelanja. Nanti tak pasai2 famos amos senataro Malaya dek kisah kita dikejar penarik kereta...haha.
Bila usia meningkat saya rasa makin jauh dari kuih raya. Tak teruja nak membuatnya seperti beberapa tahun lepas. Lebih suka masak nasi berlauk pula.
ReplyDeleteLaa samala kita. Dulu2 boleh masak mee kuah seperiuk besaq jamu adik beradik handaitaulan. Tahun ni serah kat anak2 buat lontong pula.
Delete