Friday, May 3, 2019

Memburu harumanis


Misi memburu harumanis membawa kami ke Kg Nesam @ Sg. Batu Pahat Perlis. Ingat Pak Mus? Kampung halamenn as pohim says it Pak Mus di sini.
Kisah bermula bila ciklin, riki harga harumanis di gerai Jalan Kuala Perlis. Di sini harganya 30 ringgit dan kebetulan tuan punya kebun dan pengusaha harumanis sdg berurusan di situ.
To cut story short, kami dipelawa makan pulut harumanis di rumahnya sendiri...

And lepas asar, semalam, kami menuju Kg Nesam yang belum pernah cikson pergi. Cik Bedah sedia menanti dan menunjuk jalan ke rumahnya. Bayangan ngeri jalan sempit dengan pagar seperti di Abi, tidak ada sebenarnya. I have phobia entering kampung roads actually . Experiences going to my place of work in TTBandar was enough to scare me...hihi.

Kami dijamu mempelam berpulut oleh tuan rumah yang ramah. Isteri cik Bedah pun ramah seperti suaminya.
Urusan jual beli harumanis selesai kami pun pulang dgn hati senang. Keramahan dan murah hati mereka tetap jadi kenangan....

Buah contoh yang diberi satu petang di depan rumah..

Besar nya 

isinya....

Besok dirumah Cik Bedah...

riang ria jadi taukeh 

cikli and tuan rumah...cik Bedah

selain harumanis, cik Bedah suami isteri juga mengusaha kuih tradisional. Cikson bagi 4 bintang out of 5
kuih dia ni. Se tupperware ni RM 14.00

taukeh kebun...
Thats all folks... kalau nak makan harumanis bolehlah mai Perlis. Nak telefon tuan kebun pun boleh.

Bye...

Thursday, May 2, 2019

Angin menderu ,pantai membisu,awan kelabu

Wah tajuk...poetic tak hingat.

Sebelum senja cikson,anak dan cikli menuju pantai Kuala Perlis. Niat nak cari bihun sup atau laksa mengalas perut.
semangkuk 6 ringgit, ada lah bihun secoet dan daging dua tiga keping...tak rasanya yang penting..

kan macam ada pesta...
Menghala Sungai Baru, terkedu aku. Ramainya orang . Macam pesta.Terlupa aku hari ini hari Buruh.Pemuda pemudi ,kanak kanak dan juga dewasa memenuhi gerai2 tepi jalan menjamu selera.Boleh tahan rasa dan harga makanan kat sana.


Sebelum singgah makan digerai antara rimbunan pokok ceri,kami menyusuri jalan hingga ke sebuah pekan nelayan nun dihujung jalan. Pekan Sungai Baru stood with time. Masih begitu sejak terakhir aku lalu disitu beberapa lama dulu.
Banyak sign posts belacan terjual disini. Namun kena seberang titi.

Pekan Sg Baru....



Sejenak disana, pemandangan indah ciptaan Ilahi ,jadi santapan rohani. Damai sekali merenung laut yang terbentang luas. Sejauh mata memandang.... dan terketuk memori masa silam.

Riak air disapa angin, diam membisu pantai yang berlumpur sejauh mata memandang. Kamera handphone ku petik utk merakam pemandangan. Seketika terasa aman....



semua nampak kelabu...


formasi awan menarik perhatian ku

pantai kelabu yang bisu


menuju jalan pulang bila hari hampir kelam

pemandangan sawah tepi bukit. Dua tiga selekoh sampai rumah 


bukan pelarian yg mendarat,
tetapi tuan empunya diri blog ini......
Thats all folks...cerita kami.
Bye..

Tuesday, April 30, 2019

Musim harumanis dan denggi menjenguk lagi...


Sekarang musim harumanis di Perhglih ni.
Sana sini bergantungan buah2 di pokok2 bersalut kertas.
Sudah ada gerai tepi jalan yang berjualan. Dan harga boleh tahan. Boleh buat belanja dapur seharian.
Apa tidaknya sekilo yang cikson lihat ada sampai 38 ringgit.
Bagi insan marhaen ni, harga begitu akan mengeringkan lagi kantung yang tak berapa banyak isinya.

satu set ni RM 10. Pulutnya rasa lemak
Nak beli kena beratur panjang 


Hari sebelumnya, ciklin pergi survey harga mangga ini diBukit Air. Sampai pun dah 6 lebih. Mujur restoran disitu masih beroperasi. So dapatlah cikson rasa manis air harumanis dan pulutnya.
Jadilah....

Pegawai kesihatan menjenguk kami lagi. Habis di round hingga reban ayam tokwan belakang rumah. Terperinci mereka dalam pemeriksaan kali ini. Habis disuluh bawah sinki ,bawah petiais dan bilik air kami. Mujur mereka keluar tanpa apa apa borang merah atau tangkap gambar kami. Juga bahan bukti utk dikaji. Kalau tidak mau susah hati....

Petang around 6.30 sekali lagi kawasan rumah berkepul asap menghapus nyamuk denggi. Dan sekali lagi cikson kena jadi refugee dimasjid tempoh hari. Ikut bersama tokma dan ciklin. Cikli masih nak jaga rumah takut dimasuki pencuri...hihi.
Dalam kepul2 asap yang begitu penyamun pun tak berani nak hampiri...kata cikson pada cikli.
Balik dari masjid,asap diluar rumah sudah tidak kelihatan . Namun bila pintu dibuka....macam palnet lain dalam ruma jadinya. Mau hampir sejam baru keadaan kembali normal semula.Tapi bau yang melekit itu sampai pagi ni masih ada.

Jam hampir 8 pagi,called my dearie sonny bonny yang akan fly kembali ke tempat kerjanya nun diseberang Lautan Hindi. Semoga Allah lindungi anakanda dalam perjalanan ini dan juga semasa disana nanti. Dengan keadaan yang bergolak ketika ini, doa saja yang dapat si ibu kirimkan. Semoga sentiasa selamat nanti.
Hari silih berganti. Empat bulan dah dilepasi. 4 bulan lagi balik lagi . Dan selepas 4 bulan lagi tamat operasi.. sabaq banyak2 ya .Pesan ibu pada anak yg dikasihi..

Thats all folks...
Sejak tt kembali ke Rahmatullah, kehilangan aku seorang yang aku boleh bercerita apa saja...semalam aku mimpi dia.Alfatihah.


Monday, April 29, 2019

Supaya merimbun kenangan itu...


Tanggal ** haribulan... hari gotcha ku..
Hari aku tengok warna dunia yang unggu,merah ,hijau dan kadang2 kelabu.Dan semestinya aku suka warna biru.... warna kedamaian bagiku.

Maa...jom kita keluar makan
Si anak mengesyorkan
Pilihlah tempat...Blackwood, Gusteau atau Secret Recipe.Atau mana2 cafe pilihan
Hmm..semua tu mahallah sayang, nanti berkepuk2 duit kena keluarkan.Mau termenung panjang hingga akhir bulan.
Lagi pun sianak yang merantau jauh akan berpergian lagi hari ini. Jam 5.00 petang nanti..Baik mama masak kegemaran dia utk sekali lagi. Apakata pergi saja beli apa2 buat tambahan lunch nanti.

Maka hari itu,aku masakkan
Siakap tiga rasa
Siakap steam ala thai
Cucur jagung permintaan anakanda.Supaya puas dimakan sebelum balik India. Kat sana salmon saja yg di hadapnya..

Tgh hari...aku disurprise anakanda disayangi
Treat utk hari jadi
Ada belon,ada kek dan ada KFC!
Besar rasa hati.

Whatsapp ,fb ada ucapan hari jadi
Terimakasih anak anak, adik2, kawan rakan yang sudi
Mengingati dan menghantar ucapan pada cikson kali ini
Ingatan kamu amat dihargai.
Suka tidak terperi.

Supaya merimbun kenangan yg indah ini.
Gambar2 ini cikson abadi...buat kenangan satu hari.

Add caption

Add caption

Add caption


Syukur Alhamdulillah. Amin Amin ya Amin Rabbul Alamin...

haha..ni je le gambaq yg berani cikson share...yg ada muka sendiri,malu pula nak up. ...hihi. Takuts I semua pingsaaan nanti.