Tuesday, April 30, 2019

Musim harumanis dan denggi menjenguk lagi...


Sekarang musim harumanis di Perhglih ni.
Sana sini bergantungan buah2 di pokok2 bersalut kertas.
Sudah ada gerai tepi jalan yang berjualan. Dan harga boleh tahan. Boleh buat belanja dapur seharian.
Apa tidaknya sekilo yang cikson lihat ada sampai 38 ringgit.
Bagi insan marhaen ni, harga begitu akan mengeringkan lagi kantung yang tak berapa banyak isinya.

satu set ni RM 10. Pulutnya rasa lemak
Nak beli kena beratur panjang 


Hari sebelumnya, ciklin pergi survey harga mangga ini diBukit Air. Sampai pun dah 6 lebih. Mujur restoran disitu masih beroperasi. So dapatlah cikson rasa manis air harumanis dan pulutnya.
Jadilah....

Pegawai kesihatan menjenguk kami lagi. Habis di round hingga reban ayam tokwan belakang rumah. Terperinci mereka dalam pemeriksaan kali ini. Habis disuluh bawah sinki ,bawah petiais dan bilik air kami. Mujur mereka keluar tanpa apa apa borang merah atau tangkap gambar kami. Juga bahan bukti utk dikaji. Kalau tidak mau susah hati....

Petang around 6.30 sekali lagi kawasan rumah berkepul asap menghapus nyamuk denggi. Dan sekali lagi cikson kena jadi refugee dimasjid tempoh hari. Ikut bersama tokma dan ciklin. Cikli masih nak jaga rumah takut dimasuki pencuri...hihi.
Dalam kepul2 asap yang begitu penyamun pun tak berani nak hampiri...kata cikson pada cikli.
Balik dari masjid,asap diluar rumah sudah tidak kelihatan . Namun bila pintu dibuka....macam palnet lain dalam ruma jadinya. Mau hampir sejam baru keadaan kembali normal semula.Tapi bau yang melekit itu sampai pagi ni masih ada.

Jam hampir 8 pagi,called my dearie sonny bonny yang akan fly kembali ke tempat kerjanya nun diseberang Lautan Hindi. Semoga Allah lindungi anakanda dalam perjalanan ini dan juga semasa disana nanti. Dengan keadaan yang bergolak ketika ini, doa saja yang dapat si ibu kirimkan. Semoga sentiasa selamat nanti.
Hari silih berganti. Empat bulan dah dilepasi. 4 bulan lagi balik lagi . Dan selepas 4 bulan lagi tamat operasi.. sabaq banyak2 ya .Pesan ibu pada anak yg dikasihi..

Thats all folks...
Sejak tt kembali ke Rahmatullah, kehilangan aku seorang yang aku boleh bercerita apa saja...semalam aku mimpi dia.Alfatihah.


No comments:

Post a Comment