Sunday, April 28, 2019

Hujan pagi pagi..

Ahad... pagi dimana kebanyakan orang masih di katil lagi.
Hujan pula pagi ini.
Ingat matahari akan menyinari
Terbantut urusan basuh baju kami....

Oh well..thats not the point of my say today.
Let the day be...rain or shine,let it be, let it be.
Embrace all the moments still endowed to me...breathing freely.

Melintasi pintu gelongsor ditepi rumah, aku terpandang dua tubuh berekor panjang . Hai..awai no hampa mai haghi ni.
So ke dapur cikson pergi dan 2 ketul ayam dicari. Rezeki mereka.
Sedang memberi makan Bu dan Nyet ,terpandang pula susuk tubuh berkaki dua dalam parit. Kuyup basah badannya ditimpa hujan. Pelik... apa dibuatnya berkubang dalam air longkang tu.
Dengan hujan menitik muka, cikson keluar. Periksa kenapa dia begitu.
Ehh.. rupanya dia si ibu yang sedang melindungi anak kecil dia yg terjatuh dalam longkang yg berair.
Aduh...bagaimana ? Nak tolong ke tidak. Mau dia menyembur muka ku bagaimana ya? Aku bermonolog.Ibu dengan anak kecil mmg cenge.
Ah... biasa saja. Sakit kena paruhnya hanya sementara.
Perlahan2 aku hampiri dia.
Aku angkat badannya. Dia tidak meronta, marah pun tidak.
Masukkan dia kembali dalam sangkar yang ditumpanginya.
Anak kecil dia halus sangat. Menciap ciap dia. Lantas, perlahan2 with tender loving touch, I scooped him into my palm. Cepat2 aku satukan badan basah kuyup itu dengan ibunya. Mencicit cicit bunyinya.
Alhamdulillah. Mission accomplished. Safe and sound.

Ehhh..napa tak ambik gambaq . Tidak boleh viral. Haha...

Terkesan aku dengan ibu ayam beranak kecil yang sanggup berhujan,berendam air memayungi anak kecilnya. So much motherly sacrifice. There's so much to learn from it.
Si ibu dengan naluri keibuan sanggup berkorban buat anak2...

So much for this morning.Bye.


Friday, April 26, 2019

Like a woman scorned..kesian tak kat Hisham?


Dalam banyak drama series, Cikson tonton Patah Sayap Bertongkat Paruh.Jam 10 malam ,cikli join sekali tgk drama series ni. Well... worth watching walau ada yg over over katerektornya.
Macam si pompuan mulut becok lakonan Elly yg berjalan sana sini mundar mandir dengan mulut muncung sedepa.
Amalina yg penyanyi dangduit tu pun ada berlakon... mulut macam bertih goreng. Kak ipaq saja pun nak dok bersyarah kat adik ipaq lebih lebih..
Yang jadi husband pula mula mula jadi pak turut saja...akhir2 baru ada gentleman.
Jalil Hamid like always hidup lakonannya. Tokwan nyanyok yg berimaginasi dgn puterinya.
And yg menyerlah adalah Fasha Sandha. Mula2 geram tgk dia pasif sangat characternya. Hanya diakhir lakonan baru tunjuk kekuatannnn.

Hmmm...well who the who is Hisham?
Hisham ,lakinya si Fasha Sandha yg buat taklik kat bini. Akibat diframe kawan baiknya, dia kena jadi pak sanggup. In my opinion, kalau dia tak berkawan dgn orang jahat ( walau sepejabat), semua kemelut keluarga dia tak akan terjadi. Lepas tu sadin saja dia pi mengaku dia tak buat taklik cerai isteri kat mahkamah.
Malas makcikson dgn lelaki yg ego. Yang letak kepentingan diri above everything. Semua all about him. Tapi kesian juga kat dia... he's a character yang kena aniaya. Tapi kan sapa suruh pi pab!

Oh well... another character is Thalha... Sabaq dia menanti 15 tahun for his true love.

Mesti ada yang pertikai ending cerita ni... why Fasha sanggup pisahkan anak2 dari bapa dia orang. Sometime perceraian is the way if you cant find happiness lagi.Once a husband is strayed, dua kali boleh stray. Vicious cycle. Its better if you can find other happiness. Lagi2 kalau yg menanti tu cintai you separuh mati.Haha....

oh well.... sometimes make believe stories and drama make you think reality evolving and spinning around you.
Banyak juga drama in real life yg cikson tontoni dan hadapi...
Sometime I wonder...why . WHY?

Wednesday, April 24, 2019

Bila paip kering....


Kesian pula pada warga KL dan Selangor yang terlibat dengan paip air kering selama 4 hari. Rasa kesian menebal kerana mereka yang tersayang terlibat sama. Sehari paip kering pun dah keluh kesah, ini kan pula 4 hari...4 hari kan. Bukan 4 jam.

Just cant imagine myself in that state. Waterless for 4 days.
Dan selaku yg suka fikir lebih2, cikson tak lepas dari membaca ttg situasi ini. Lps baca share dengan anak2 yg terlibat. Kepoh betulkan...2,3 hari ni fb cikson semua bab water...haha


Antaranya..
1. Find where the water cut is...huhu semua tempat yg anak2
terlibat..tempat tinggal dan tempat kerja.



2. Find how to go about keeping the much needed commodity..And this is what I found . Rasanya sesuai dalam keadaan ini.



3. Cara2 menjimat air... Ni dah jumpa artikel. And cikson share dlm fb
boleh baca kat 
SINI

4. Ingatan/Precaution perlu ambil.
Ya lah kan. Dengan baldi ,timba ,besen,guri,tempayan penuh air di rumah, ibubapa perlu lebih waspada. Jangan biarkan anak2 kecil sendiri. Kita bimbang kemalangan terjadi. So please be hati2 hari2.

Now ...if you are interested boleh pi baca kat fb cikson. Cikson buka utk public post2 tu .

SINI..  fb cikson.